PELAWAK Nabil Ahmad kerugian lebih RM2,500 selepas dia terlepas jadual menyaksikan konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Khamis. Menerusi perkongsian video di Instagram milik stesen radio Era FM, Nabil dilihat terduduk apabila mengetahui dia tersalah melihat tarikh konsert berkenaan. Dalam rakaman itu, dia menghubungi isterinya, Nazirah Ayub bagi memaklumkan mengenai kesilapan tersebut. Ramai peminat teruja menantikan kehadiran Billie Ellish di Malaysia. "Yang (panggilan isteri), Billie Eilish tu semalam saja, mana ada hari ini. Awak tengok dekat tiket tu, 18 hari bulan. "Lailahaillallah. Memang Allah tak izin, senang cerita. Kelakar la Yang!" kata Nabil kepada isterinya. Difahamkan, Nabil sudah membeli lima tiket berharga RM508 setiap satu untuk isteri dan tiga anak perempuannya. ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad amal sembahyang 17 rakaat sebelum Subuh, ganti solat fardu zaman jahil... Ambil masa fahamkan isteri usaha dakwah Sementara itu, rata-rata netizen berkata kesilapan itu merupakan satu petanda daripada Allah agar dia dan keluarga terlindung daripada melakukan perkara melalaikan. "Takpelah abang, Allah nak jauhkan abang dari perkara lagha. Sungguhlah Allah tak izinkan, nanti ada rezeki lain tu. Memang Allah tak izin, senang cerita. Kelakar la! NABIL AHMAD PELAWAK "Ni bukan lupa tapi Allah nak jaga. Alhamdulillah bersyukurlah! "Syukurlah abang tak pergi sana, kena bangga sebab Allah nak jauhkan dari tempat macam-macam tu," komen netizen. Terdahulu, Billie Ellish menghiburkan lebih 25,000 peminat pada Konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO NABIL INI! View this post on Instagram A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)