suria

“Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak” - Kapsyen ‘mengundang’, peminat harap Shuib dan Zara Zya bertemu jodoh

Status hubungan Shuib dan Zara terus jadi tanda tanya.

PERKONGSIAN gambar bersama antara Shuib dan pelakon Zara Zya terus mengundangkan persoalan dalam kalangan netizen tentang hubungan sebenar mereka.

Meskipun kedua-duanya pernah menafikan wujud perasaan cinta antara mereka, namun peminat masih mendoakan agar Shuib dan Zara bertemu jodoh selepas pemergian isteri pelawak berkenaan iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Ada juga yang mahu mereka berterus-terang soal gambar tersebut kerana bimbang anggapan orang ramai boleh menyebabkan fitnah.

shuib zara 2

Ramai doakan Shuib dan Zara bertemu jodoh.

“Selamat sampai ke jinjang pelamin.

“Jadi berjodoh pun ok sangat.

“Kenapa post bagi caption mengundang? Lurus tegak supaya tidak cipta ruang fitnah,” komen netizen.

Shuib dan Zara sebelum itu berkongsi satu video beberapa keping gambar mereka berdua dan menerusi ruangan kapsyen, Shuib seakan-akan tidak pasti untuk membuat pilihan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hantar sampai kereta, netizen nampak Shuib ucap ‘Waalaikumsalam cinta’... Ini komen Zara Zya!

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Sharmila disebut bakal jadi menantu, ibu Shuib perjelas maksud di sebalik ‘biar gambar berbicara’

“Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Di tengah-tengah. Macam mana tu? Boleh tolong explain tak awak Zara Zya,” tulisnya.

Sementara itu jawapan yang diberikan Zara pun tidak menjelaskan tujuan sebenar pertemuan tersebut dan disebabkan itu ramai yang anggap mereka ada hubungan istimewa.

Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Di tengah-tengah.

SHUIB

PELAWAK

“Segan nak explain Shuib,” jawabnya.

Sebelum ini nama Zara juga pernah disebut-sebut sebagai wanita yang dekat dengan Shuib selepas beberapa kali mereka kongsi gambar bersama.

Selain Zara, pelakon Wan Sharmila juga turut dikatakan rapat dengan Shuib selepas dia hadir ke majlis tahlis setahun pemergian Sarah selain meluangkan masa bersama anak perempuan pelawak itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain