suria

[VIDEO] Disangka putus namun jodoh masih panjang, Mas Khan tunggu Diana Nasimuddin 6 bulan sarung cincin lamaran

Mas Khan gembira apabila teman wanitanya Diana Nasimuddin menyarungkan cincin lamaran yang diberikan sebelum ini.

NOVEMBER tahun lalu ramai teruja selepas melihat aksi romantis Mas Khan melamar kekasih hatinya iaitu Diana Nasimuddin dengan menghulurkan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran sambil melutut.

Namun tidak lama selepas itu, foto dan video melamar berkenaan lesap daripada Instagram menimbulkan cakap-cakap bahawa hubungan Mas dan ahli perniagaan itu sudah berakhir.

Bagaimanapun pada malam Isnin, Mas atau Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan, 28, memuat naik video mereka berada di sebuah restoran dan memperlihatkan Diana menyarung cincin lamaran yang diberikan pelakon itu sebelum ini.

Mas menerusi hantaran di Instagram memberitahu sudah enam bulan dia menunggu untuk Diana menyarungkan cincin itu dan tindakannya itu telah mengejutkan dirinya.

Nadia Mas 12

Mas meluahkan kata-kata romantis di Instagram.

"Enam bulan saya tunggu dia mengeluarkan cincin itu dan hari ini dia telah mengejutkan saya.

"Buat selama-lamanya. Saya sayang dan cintakan awak, Diana Nasimuddin," katanya dalam video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak” - Kapsyen ‘mengundang’, peminat harap Shuib dan Zara Zya bertemu jodoh

ARTIKEL BERKAITAN : Azhar dah puas nasihat, perangai anak semakin menjadi... Ini nasihat PU Syed

Dalam pada itu, menerusi video sama, Mas berkata, sesuatu hubungan pasti ada turun naik termasuk perselisihan faham, pergaduhan dan konflik namun ia seperti gam yang menguatkan hubungan.

"Anda tidak boleh memiliki cinta tanpa sedikit rasa sakit tetapi jika ikatan itu kuat untuk mengharungi semua cabaran maka ia berbaloi untuk mendapatkannya," katanya.

Menerusi kapsyen video itu pula, Mas memberitahu cinta sejati adalah perkara unik dan apabila seseorang menemuinya ia perlu dipertahankan dan jangan mensia-siakan peluang yang ada.

befunky-collagemaskhan

Mas menanti enam bulan untuk Diana menyarungkan cincin lamaran.

"Biarpun apabila sesuatu itu tidak berjalan seperti dirancang. Berikan masa dan ruang, tetapi jangan sesekali menyerah terhadap insan yang membuatkan anda menjadi orang paling gembira di dunia.

"Saya cintakan awak bekas teman wanita, Diana Nasimuddin," tulisnya.

Terkesan dengan video dan ucapan romantis Mas, Diana turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan memberitahu dirinya sentiasa menantikan apa sahaja pada hari mendatang.

"Superise! Alhamdulillah. Satu perjuang, bukan? Insya Allah kita akan lebih kuat dan saya menantikan apa sahaja yang mendatang selepas ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain