USIA muda bukan penghalang buat influencer dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil untuk melangkah ke fasa alam perkahwinan. Menurut Imran atau nama sebenarnya Mohammad Imran Aqil bin Mohd Salehuddin, 23, keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati bernama Dahlia Rizal pada Ahad lalu adalah kerana tidak mahu terlepas nikmat hidup berpasangan. "Sebenarnya saya kurang setuju apabila ada orang kata usia terlalu muda untuk berkawhin. Apa yang penting bagi saya adalah sedia untuk menjadi suami dan sekarang saya ke fasa tersebut. Imran siapkan diri bergelar suami. "Kalau lihat sekarang ini pun banyak kes kematian di usia muda, kita sendiri tidak tahu bila ajal akan menjemput. Jadi saya mahu menikmati kehidupan sebagai berpasangan. "Mendirikan rumah tangga juga bukan sekadar nikmat, malah ia adalah satu tanggungjawab besar. Saya kena siapkan diri ke arah itu," katanya kepada mStar. Mengimbau detik perkenalan, Imran dan Dahlia saling mengenali ketika mereka berusia 18 tahun, namun hubungan itu mula rapat sejak tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan kerjaya sebagai penyampai radio, Imran Aqil terpaksa tolak ‘job’ drama Mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun hadapan selepas Dahlia tamat pengajian peringkat sarjana muda. "Sebelum betul-betul rapat dengan Dahlia, saya ada bertanya kepada abang-abangnya tentang status sebenar dirinya adakah sudah berpunya. Apabila tahu masih single barulah saya mendekati ibu bapa Dahlia sebelum ajak dia berkahwin. Mendirikan rumah tangga juga bukan sekadar nikmat, malah ia adalah satu tanggungjawab besar IMRAN AQIL PENYAMPAI RADIO "Sebenarnya keluarga saya juga agak sukar terima keputusan untuk berkahwin kerana dalam kalangan adik-beradik dan sepupu pun belum ada yang berkahwin. Namun selepas berbincang, mereka semakin faham dan kini teruja untuk saya mendirikan rumah tangga," ujarnya. Sementara itu, Imran berkata kegagalan dalam hubungan percintaan sebelum ini membuatkan dia lebih memahami hati wanita. Imran tidak mahu buang masa dan kini lebih serius dalam perhubungan. "Kesilapan dalam hubungan sebelum ini membuat saya sedar tentang apa yang perlu diperbaiki. Seorang wanita mahukan lelaki yang ada matlamat ke arah perkahwinan. "Saya juga tidak mahu lagi membuang masa dan lebih elok fokus kepada perkara yang memanfaatkan diri sendiri. Itu yang saya belajar dan sekarang lebih serius dalam perhubungan," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI