suria

Netizen sebak tengok Mizz Nina menitiskan air mata... Perkongsian mengenai takdir dan ketentuan menyentuh hati!

Mizz Nina tidak mampu menahan air matanya ketika muncul dalam sebuah majlis ilmu baru-baru ini.

PENYANYI yang juga merupakan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina menitiskan air mata apabila berkongsi cerita mengenai takdir dan ketentuan.

Menerusi video yang tular di media sosial, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkata cara terbaik untuk berdepan cabaran hidup ialah dengan memelihara hubungan dengan Allah SWT.

"Kita akan berasa bersyukur apabila diberi ujian. Saya rasa cara pemikiran kita perlu berubah. Allah minta kita untuk berdoa dan segalanya ditakdirkan oleh Allah.

"Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap kali dia berdoa itu ialah ibadah," jelasnya.

Mizz Nina meluahkan pandangannya itu semasa menghadiri sebuah forum di majlis Spiritual Summit 2022 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Perkongsian itu kemudian meraih perhatian netizen yang memberikan kata-kata semangat, lebih-lebih lagi apabila Mizz Nina baharu sahaja berpisah dengan Noh Salleh pada awal Ogos lalu.

Untitled design (2)

Antara yang memberi kata-kata semangat kepada Mizz Nina di Instagram.

"Tabahkan hatinya ya Allah.

"Terserlah kesedihan yang sekian lama dia pendamkan hanya dia dan Allah tahu perasaan itu. Seorang yang sangat kuat, matang, bijak dan berilmu.

"Semoga terus diberikan kekuatan kepadanya ya Allah," kata netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh, Mizz Nina dikhabarkan bercerai talak satu

Dalam pada itu, ada juga yang turut menasihatkan Mizz Nina agar tidak hadir di depan khalayak terutama masih dalam tempoh idah.

Untitled design (3)

Netizen menasihatkan agar Mizz Nina tidak meninggalkan rumah kecuali tuntutan tertentu memandangkan dia masih lagi dalam tempoh idah.

"Sebaiknya Mizz Nina duduk di rumah sepanjang tepoh idah melainkan keperluan mendesak seperti membeli makanan, urusan mahkamah dan lain-lain.

"Waktu begini, emosi selalunya sangat lemah. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah," komen netizen lagi.

Video yang tular di TikTok itu mendapat lebih 80,000 tanda suka.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan memiliki seorang anak angkat bernama Musa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain