suria

Pemanggil radio kata ‘kasihan’ belum ada anak, Siti Elizad tak ambil hati... “Saya percaya dia tiada apa-apa niat”

Elizad tidak berkecil hati ditanya soal zuriat.

TINDAKAN seorang pemanggil radio Sinar FM yang menyentuh hal berkaitan cahaya mata sama sekali tidak menyinggung hati pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad.

Kata Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, dia percaya individu berkenaan tiada niat mempersendakan dirinya ketika mereka berbual secara langsung menerusi segmen Pagi di Sinar.

"Pertama sekali terima kasih buat semua yang terus mendoakan saya. Terharu saya.

elizad 2

Elizad mohon doa dikurniakan cahaya mata.

"Untuk yang bertanya, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Saya percaya pemanggil yang menghubungi tiada niat apa-apa pun dan saya langsung tidak ambil hati.

"Selagi menggunakan perkataan yang baik, tidak menjatuhkan air muka saya, InsyaAllah saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Baru-baru ini, tular video TikTok memaparkan rakaman audio seorang pemanggil wanita di Sinar FM bersama Elizad.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad pernah minta suami untuk kahwin lain demi zuriat - “Stres juga mencuba tapi belum menjadi”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad takut suami bosan, enam tahun kahwin tapi belum ada anak - “Kita masih berdua, saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri”

Tanpa sengaja pemanggil wanita itu menyentuh mengenai soal anak serta meluahkan simpati terhadap Elizad yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kata-kata tersebut menerima kecaman netizen yang menganggap wanita berkenaan tidak sensitif.

"Elizad, kasihan. Tak apa ramai orang tak ada anak," kata pemanggil itu.

Selagi menggunakan perkataan yang baik, tidak menjatuhkan air muka saya, Insya Allah saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada

SITI ELIZAD

PELAKON/PENYAMPAI RADIO

Menjelaskan hal tersebut, Elizad dalam masa sama turut memohon doa buat semua wanita yang berusaha memiliki cahaya mata sendiri.

"Syukur... semakin besar ujian Allah semakin besar ganjarannya. Tidak dapat di sini, pasti di sana. Percaya.

"Terus mendoakan buat semua #ttc (trying to concieve) para isteri pejuang line dua kuat dan tabah dengan ujian ini," jelasnya.

elizad 3

Elizad bersama suaminya.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain