PENYANYI Shila Amzah tampil membuat permohonan maaf selepas video memperlihatkan dia membuang gula-gula daripada mulut ketika sedang membuat persembahan menerusi Konsert Merdeka ke-65 yang disiarkan secara langsung menerusi RTM pada malam Selasa. Tampil menjelaskan tindakan yang dilakukan itu, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 32, memberitahu dia berada dalam keadaan kurang sihat ketika mengadakan persembahan berkenaan. "Minta maaf sebab buang gula-gula sekali lagi. Shila jelaskan diri kurang sihat ketika membuat persembahan. "Kesan selepas demam, makan ubat batuk, selesema dan panadol, kemudian minum kopi pada pukul 11.30 malam," jelasnya menerusi Instagram. Menerusi video yang tular, Shila memusingkan badan sebelum mengeluarkan gula-gula di dalam mulutnya dan melemparkan ke arah belakang pentas. Ketika itu, Shila yang memakai busana merah sedang asyik menyampaikan lagu berjudul Khilaf Asmara. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sedia kahwin lagi! Shila Amzah cari lelaki ada matlamat, tak mahu kaya tapi masih harap duit ibu bapa ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas 8 tahun bersengketa naik turun mahkamah, Shila Amzah akhirnya bertentang mata dengan wartawan Tindakan Shila itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat apatah lagi ia bukan kali pertama penyanyi berkenaan berkelakuan sedemikian. "Semi final AJL36 yang lepas, ketika menyanyi lagu Pelukan Angkasa pun sama. Aduh perangai. Kesan selepas demam, makan ubat batuk, selesema dan panadol, kemudian minum kopi pada pukul 11.30 malam SHILA AMZAH PENYANYI "Shila dan gula-gula getah berpisah tiada. Sebelum nyanyi jangan makan," komen netizen. Terdahulu, menerusi Instagram Shila sempat memuat naik video sedang membuat persiapan majlis berkenaan dan kedengaran suaranya yang serak dipercayai kurang sihat. View this post on Instagram A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI