KEMUNCULAN penyanyi Janna Nick mendendangkan lagu popularnya, Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) menerima kecaman hebat penonton. Janna didakwa menyanyi secara miming pada persembahan sulungnya di pentas berprestij itu kerana nyanyiannya dikatakan sempurna tanpa kecacatan. Rata-rata berpendapat Janna tidak sepatutnya miming terutamanya pada acara muzik besar seperti AIM sehingga membuatkan acara itu kelihatan murah. Antara komen netizen tentang Janna di Twitter. "Janna Nick miming ke? Asal sedap sangat? Mengapa dia tak menyanyi live dalam acara muzik? "Kalau Janna boleh lip sync di AIM, saya bimbang tahun depan Aliff Syukri turut mengadakan persembahan. ARTIKEL BERKAITAN: Tomok gerun dengan Jaclyn Victor, anggap pesaing paling sengit dalam GV9 ARTIKEL BERKAITAN: Video Coki peluk wanita dalam kereta tular di TikTok... “Apa dah jadi?” "Saya tidak tahu pula AIM kelihatan murah selepas membenarkan Janna Nick menyanyi pada acara itu," komen netizen di Twitter. Sementara itu, ada pula berpendapat Janna memang sepatutnya miming menerusi persembahan itu kerana sekiranya dia menyanyi secara langsung ia mungkin akan memalukan dirinya sendiri. "Bagus Janna Nick pilih jalan selamat dengan miming. "Mujur Janna miming, kalau tak confirm langit pun meratap menangis hujan sebab terkejut dengan dia menyanyi," komen netizen yang lain. Pada acara itu, Gatal membawa pulang trofi kategori Muzik Video Terbaik arahan Chuan Looi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI