suria

Shaheizy Sam bina otot demi ‘Malbatt Misi Bakara’, tak mudah sebab usia dah meningkat

Sam pastikan mendapat berat badan terbaik sebelum masuk ke lokasi penggambaran.

DEMI menjayakan watak dalam filem berjudul Malbatt Misi Bakara, pelakon Shaheizy Sam berusaha keras menurunkan berat badan bagi mendapatkan bentuk badan menarik sebagai seorang anggota tentera.

Melalui proses diet dan rutin senaman ketat selama tiga bulan, Sam, 40, berkata, ia bukan misi mudah dilakukan memandangkan usianya yang semakin meningkat.

"Semestinya saya mahu nampak menarik dalam filem. Apabila sudah lama tak berlakon, berat badan memang naik dan saya terpaksa all out bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa.

"Tapi apabia usia sudah mencecah 40 tahun, ia bukan perkara mudah... kalau dulu mungkin dalam tempoh 20 hari sudah boleh turun berat badan, tetapi sekarang saya kena kerja dua kali ganda.

sam 2

Sam komited untuk menjayakan watak tentera.

"Saya tidak timbang berapa jumlah turun sebaliknya mengira ikut peratusan lemak dalam badan. Daripada 30 peratus saya berjaya kurangkan kepada 20 peratus setakat ini," katanya kepada mStar.

Sam ditemui ketika sidang media dan pelancaran filem berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos RM20 juta, ‘Malbatt Misi Bakara’ jadi filem termahal Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam kongsi wajah anak, pilih nama Salama Samheizy... Syatilla Melvin berpantang di Melaka

Terlibat dalam sebuah produksi yang menelan belanja sebanyak RM20 juta, kata Sam, dia juga menerima bayaran setimpal dan bukan hanya mengikut nilai kreativiti di depan kamera tetapi juga usaha sebelum masuk ke set penggambaran.

Tidak meletakkan harga tinggi meskipun sudah dalam kategori pelakon berpengalaman, Sam sebaliknya menegaskan bayaran diterima adalah berbaloi.

"Saya tak rasa bayaran terlalu mahal. Ia sesuai dengan pengalaman dan usaha saya sepenuhnya. Bagi saya ia berbaloi kerana persediaan yang dilakukan dibuat secara menyeluruh," jelasnya.

Kalau dahulu mungkin dalam tempoh 20 hari boleh turun berat badan, tetapi sekarang saya kena kerja dua kali ganda!

SHAHEIZY SAM

PELAKON

Berkongsi pengalaman terlibat dalam filem arahan Adrian Teh itu, Sam berbesar hati apabila diberi peluang untuk menceritakan kisah sejarah sebenar perjuangan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sam berharap apa yang ingin disampaikan dapat memberi gambaran sebenar sebuah kisah yang terjadi ketika perang di Somalia pada tahun 1993.

"Filem ini sangat besar. Sekarang ini saya sudah nampak kisah sebenar kerana sebelum ini kita hanya tahu tentang perang tersebut apabila menonton filem Black Hawk Down. Saya dapat rasakan satu pengalaman berbeza.

bakara 1

Barisan pelakon Malbatt Misi Bakara bersama pengarah, Adrian Teh.

"Apabila meletakkan diri dalam watak ini, saya sendiri tidak boleh bayangkan jika benar-benar berada di situasi perang ketika itu,” ujarnya.

Filem tersebut merupakan terbitan bersama enam syarikat iaitu bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Ia dijangka menemui penonton pada sambutan Hari Kemerdekaan tahun hadapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain