suria

Inai keluaran Rozita Che Wan pertama diiktiraf sah solat, lakukan ujian klinikal guna kuku manusia

Produk Inai Che Ta diiktiraf oleh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT.

DEMI memastikan penggunaan inai sah dalam solat, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengambil langkah mendapatkan pengiktirafan dengan melakukan uji kaji terhadap kuku manusia terhadap produknya Mazaville (Inai Che Ta).

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 49, berkata, menerusi uji kaji yang dilakukan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 14 September lalu, produk tersebut diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat.

"Inai Che Ta adalah inai pertama yang melakukan ujian terhadap kuku manusia sebenar di mana sebelum ini ada pihak menguji penggunaan bahan itu di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah solat.

"Alhamdulillah, Inai Che Ta disahkan dan diiktiraf selamat dan sah penggunaannya dalam solat oleh UMT," katanya.

cheta2

Pengguna boleh memakai inai Che Ta tanpa rasa was-was.

Che Ta ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan yang bertemakan Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Che Ta menjelaskan, ujian itu dilakukan bagi meleraikan tentang penggunaan inai dalam solat yang menjadi pertikaian dan perdebatan warganet sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sesuai saya kena kecam!” - Rozita Che Wan akui khilaf pakaian dikatakan seksi, siap kena tegur dengan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan dah nak dapat menantu, ‘sporting’ betul... selalu minta anak tunjuk gambar kekasih

Ujian itu juga dilakukan bagi memastikan pengguna tidak berasa was-was menggunakan produk keluarannya.

"Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ramai berasa keliru tentang perbezaan selain timbul persoalan sama ada ia meresap air dan sah solat.

Alhamdulillah, Inai Che Ta disahkan dan diiktiraf selamat dan sah penggunaannya dalam solat oleh UMT.

ROZITA CHE WAN

PELAKON/USAHAWAN

"Ini termasuklah inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib, tetapi Alhamdulillah produk kami selamat dan sah dipakai ketika solat," ujarnya.

ujian klinikal berkenaan dilakukan pensyarah UMT, Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk produk inai NunHa keluaran selebriti Neelofa.

Sementara itu, Che Ta memberitahu selepas empat bulan melancarkan produk yang diusahakan bersama rakan niaga, Anas Zahrin ia telah terjual sebanyak 100,000 kotak.

cheta1

Che Ta anggun dalam persalinan Bollywood.

Gembira dengan kejayaan itu, Che Ta bagaimanapun memberitahu apa lebih penting adalah ia mampu memberi pendapatan sampingan kepada pengedar berfaftar Skuad Inai Che Ta dan berharap dapat membantu ekonomi lebih banyak wanita di negara ini.

"Meskipun terpaksa berdepan dengan persaingan serta kontroversi, misi kami tidak pernah berubah iaitu untuk membantu lebih banyak wanita di negara ini menjana pendapatan sampingan.

"Malah kami sasarkan dapat bantu sejuta wanita di Malaysia untuk menjana pendapatan sebagai pengedar berdaftar," ujarnya.

Pada majlis itu, Che Ta turut melancarkan produk terbaharunya, Black Rose Che Ta yang dijual pada harga mampu milik iaitu RM19.90.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain