suria

GV9 jadi pentas VE lepas geram, ucap terima kasih kalau ada anggap mereka saingan hebat

Kemunculan VE di pentas GV9 sebagai tanda mereka masih aktif.

MEMULAKAN persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tahun ini menjadi satu tanda bahawa kumpulan VE masih terus aktif dalam dunia seni meskipun nama mereka agak sepi dalam industri seni.

Bagi VE ini adalah peluang untuk mereka lepas 'geram' setelah sekian lama tidak membuat persembahan bersama sekaligus mewarnai kembali dunia seni tanah air.

“Ini adalah satu permulaan yang baik, Kami gunakan pentas GV9 ini untuk beritahu bahawa VE masih ada. Kami juga banyak lagi perancangan untuk terus aktif selepas ini.

ve 2

VE ambil peluang pentas GV9 untuk buat comeback.

“Rasanya lebih 11 tahun kami tidak nyanyi bersama. Apabila kembali bergabung ada perancangan untuk buat konsert namun tergendala akibat penularan Covid-19 sebelum ini. Jadi di pentas GV9 ini kami mahu lepaskan semuanya,” kata Cham mewakili rakan-rakan lain.

Selepas nama VE diumumkan sebagai salah satu peserta GV9, ramai yang melihat mereka bakal memberi cabaran besar memandang kumpulan ini cukup terkenal dengan kemantapan vokal harmoni ketika menyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok antara 13 finalis Gegar Vaganza musim ke-9

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor tidak dijanjikan gelaran juara, Astro jawab isu penyertaan ramai penyanyi masih aktif dalam GV9

Dalam masa sama, seorang lagi anggota VE iaitu Zaf tidak melihat tempoh ‘sepi’ mereka sebelum ini adalah satu cabaran untuk kembali mewujudkan keserasian antara mereka.

“Jika ada yang melihat kami ini sebagai saingan, saya ucapkan terima kasih. Kami kembali untuk mewarnai dunia seni dan ada matlamat yang ingin dicapai.

“Dalam pertandingan ini pastilah ada cabaran. Jika fikirkan susah maka ia akan jadi sebegitu. Kami sentiasa buka fikiran untuk mencuba sesuatu yang baharu,” jelasnya.

Jika fikirkan susah maka ia akan jadi sebegitu. Kami sentiasa buka fikiran untuk mencuba sesuatu yang baharu

VE

Sementara itu, Zaf juga tidak menolak jika mereka diberi peluang untuk terlibat dalam cabang seni lain selepas nama mereka kembali mendapat perhatian.

Kumpulan yang popular dengan lagu Tunggu ini juga tidak kisah jika ada yang menganggap mereka hanyalah sebuah band yang sekadar membuat persembahan di majlis perkahwinan sahaja.

“Dalam kumpulan ini setiap orang ada bakat masing-masing. Jika ada peluang yang bersesuaian kami tidak ada masalah untuk sesiapa sahaja antara kami teruskan. Apa yang penting adalah terus membawa nama VE.

gv9

Barisan peserta GV9.

“Kalau ada yang anggap kami ini kumpulan yang hanya perfom di majlis kahwin sahaja terpulanglah kepada mereka. Kami akan terus berjuang dalam industri seni,” ujarnya.

GV9 mula bersiaran pada Ahad di saluran Asro Ria dan berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam.

Selain VE antara artis yang bertanding adalah Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah, Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Hasrul Nizam.

Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain