SELEPAS 15 tahun menyepikan diri daripada dunia nyanyian, Haida Hasnan akhirnya kembali melepaskan rindu peminat dengan menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9). Bercakap mengenai 'kehilangannya' sebelum ini, Haida atau nama sebenarnya Siti Haida Hasnan, 44, memberitahu dia bukanlah membawa diri kerana merajuk, sebaliknya sibuk menumpukan perniagaan dan sudah menetap di Melaka. "Tak merajuk tapi anak-anak sedang membesar, dapat peluang perniagaan... cubalah! Sebenarnya pada tahun 2017 sudah setkan dalam diri nak meniaga. Haida bukan merajuk dengan industri seni. "Bukan sebab bosan menyanyi tetapi terfikir sampai bila nak menyanyi memandangkan kita pun tiada lagi sumber rezeki tetap yang lain. Tambahan pula dunia dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu," katanya kepada mStar. Sementara itu, Haida berkata dia meneroka pelbagai cabang perniagaan seperti katering termasuklah sebagai pengurus acara, namun kini dia mula beralih dalam perniagaan membaiki kereta dan motosikal. ARTIKEL BERKAITAN: Gelanggang GV9 dibuka dengan persembahan bertenaga 13 peserta, senarai lagu minggu kedua buat ramai tak sabar! ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tiada lagi isu dengan Ramli MS, sudah berbaik siap boleh bergurau... Akui gementar ganti tempat Jihan Muse di GV9 "Saya try and error! Saya mencuba katering, organize event, paling last sekali buat workshop... bengkel kereta dan motor. Alhamdulillah, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu perniagaan yang bergerak sampai sekarang. "Ceritanya kereta saya asyik rosak dan selalu hantar baiki, kemudian saya kenal dengan beberapa orang mekanik lalu tercetus idea untuk buka bengkel sendiri. "Bengkel saya terletak di Taman Kota Laksamana. Sekarang ni apabila saya fokus kepada GV9, ia diuruskan oleh mekanik senior yang dipercayai," katanya. Kenal beberapa mekanik terus tercetus idea buka bengkel. HAIDA HASNAN PENYANYI Bercakap mengenai soal peribadi, Haida berkata dia selesa bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak sejak lapan tahun lalu. "Setakat ini saya masih selesa begini. Mungkin proses kehidupan membuatkan saya sudah terbiasa. Bila kita ada anak-anak yang semakin membesar, kita bahagia dan gembira dengan mereka. "Saya okay sahaja, anak-anak pun memahami, kalau ada (jodoh)... adalah," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI