DITUDUH sebagai 'artis murah', pelakon Riena Diana enggan melatah sebaliknya dia memilih untuk menyekat mesej diterima daripada individu tidak dikenali itu. Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, berkata dia lebih hairan apabila individu berkenaan memiliki nombor telefon peribadinya bagi menghantar mesej negatif tersebut. "Tak tahu siapa yang sebarkan nombor saya dan siapa yang melakukan ini... mestilah individu itu bukan dalam kalangan saya. Kalau saya kenal, saya patut elakkan siapa pun dia kan? Riena terima mesej dari individu tak dikenali. "Sebab sekarang ni saya hanya fokus karier bahkan hubungan saya pun saya rasa dah kurangkan dah... tak macam dulu! "Tak tahulah siapa yang mesej, rasa nak dedah nombor itu, I pun dah block," katanya kepada mStar. Riena yang terkenal dengan watak Lailer dalam drama Kampung People ini mengakui tidak boleh menghalang orang lain untuk bercakap mengenai dirinya meskipun ada masa dia turut terkesan dengan kata-kata mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut harga sotong RM2 seekor, Riena Diana saran pengguna tak puas hati buat aduan... Jangan viralkan dan sekat rezeki peniaga ARTIKEL BERKAITAN: Dijangkiti virus Influenza A, Riena Diana beritahu ia lebih menyakitkan berbanding Covid-19 "Tak apalah nak cakap kita artis murah pun, yang penting kita tahu diri kita sebab orang boleh cakap macam-macam fasal diri kita. Tak boleh juga nak halang bercakap! "Kadang-kadang terasa juga orang cakap macam tu dekat kita, tapi konsepnya senang! Saya memang tak boleh stress-stress, jadi sesiapa yang bagi saya stress lama saya jauhkan diri. Sebab kita tahu had kita kan. "Tipu kalau tak fikirkan, tapi saya akan cuba untuk tidak memikirkannya sebab nanti akan makan diri sendiri. Artis murah pun murah la! Sebab murah ramai la nak ambik saya berlakonkan?" katanya lagi. Tak apalah nak cakap kita artis murah pun. RIENA DIANA PELAKON Dalam pada itu, Riena berkata dia memilih untuk mengabaikan individu berfikiran negatif sebegitu. "Persoalannya siapa gerangan itu? Saya pun tak tahu, kadang-kadang budak-budak boleh jadi juga. Setengah orang terlalu kurang ajar bila bercakap, kalau tak suka jangan sampai cakap macam tu. Apa besar sangat ke saya buat sampai nak kurang ajar macam tu. Riena malas layan orang bawa pengaruh negatif. "Kadang-kadang kita buat baik orang tak nampak, yang jahat tu orang ingat selamanya... tapi biasalah kehidupan, orang yang suka kita pun ada dan orang yang benci kita pun ada. Minta jauh sajalah dari orang macam ni. "Tapi sebagai pengajaran jangan layan orang macam ni. Orang macam ni sick dan patut jauhkan diri," jelasnya. Berkongsi sedikit perkembangan terbaharu, Riena memaklumkan kini dia sedang sibuk dengan penggambaraan Kampung People Musim ketiga yang bakal ditayangkan pada bulan November nanti. Riena fokus berlakon, kurangkan isu mengenai cinta. Tambahnya, dia berhenti menjadi penyampai radio untuk lebih fokus berlakon sekaligus berharap Kampung People Musim ketiga ini sekali lagi diterima penonton. "Sekarang tengah shoot Kampung People, saya berhenti jadi penyampai radio sebab memang nak fokus berlakon. "InsyaAllah dicadangkan bulan 11 tapi tidak pasti lagi. Saya harap sangat peminat-peminat Kampung People akan suka kali ini," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI