SEJAK bergelar juara program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama 10 tahun lalu, karier Datuk Fazley Yaakob dalam dunia kulinari berkembang sehingga menjadikan penyanyi itu antara cef selebriti terkenal. Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 44, juga turut menjadi rebutan beberapa jenama terkenal yang berkolaborasi dengannya termasuk menjadi cef jemputan di Hotel Four Seasons untuk menyediakan menu berbuka puasa sepanjang Ramadan. Terbaharu, Fazley berkolaborasi bersama IHH Healthcare dengan menyediakan tiga menu baharu untuk pesakit di beberapa buah hospital swasta terkenal di Malaysia. Mengulas mengenai perkara itu, Fazley menyifatkan kolaborasi itu sebagai impian yang menjadi kenyataan dan berharap menu disediakan akan memberi kelainan kepada hidangan yang diberikan kepada pesakit. Fazley teruja dapat kolabrasi dengan syarikat besar. "Sebagai seorang cef saya sudah berkolaborasi dengan banyak jenama, saya tak sangka dapat jenama yang saya impian. "Kolaborasi bersama jenama hospital ini juga merupakan impian yang saya sudah idamkan sejak bergelar seorang cef," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fazley Yaakob terkilan tak sempat tunai permintaan Adibah Noor... Masih ingat ayat ‘I'm not well my dear’ semasa GV8 ARTIKEL BERKAITAN: Melampau sangat buat gimik cekik! Fazley Yaakob bimbang jadi ikutan budak kecil, minta artis jaga batas Fazley berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Delight in Every Bite di Hospital Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menerusi kolaborasi itu, penyanyi lagu Asmara Ini tersebut memperkenalkan tiga menu baharu iaitu Roti Bakar dan Salted Butter, Mee Tuaran serta Laksa Negeri Sembilan yang juga ideanya sendiri. Kerjasama bersama IHH Healthcare itu adalah bersama 16 rangkaiannya yang turut melibatkan Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara. Berkolabrasi dengan jenama besar ini impian saya. FAZLEY YAAKOB PENYANYI & CHEF SELEBRITI Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Fazley berkata, dia mengambil tempoh setahun untuk mengenal pasti kehendak dan kemahuan pelanggan selain menjalani kaji selidik di media sosial bagi mengetahui pendapat orang ramai. Menerusi kajian itu, Fazley turut membuat senarai makanan popular yang diinginkan sekiranya mereka ditahan di wad. "Saya buat kajian melalui media sosial untuk mengetahui apa makanan yang mereka teringin nak tengok dalam senarai menu. Apa makanan yang mereka rasa jemu untuk makan. Fazley lakukan kajian selama setahun hasilkan menu baharu. "Jadi saya sudah ada senarai makanan popular yang mereka nak tengok di hospital," jelasnya. Bagaimanapun kata Fazley, menu yang dihasilkan adalah khusus untuk pesakit biasa dan bukan untuk mereka yang memerlukan diet khas. Tambahnya, hidangan yang disediakan itu adalah untuk memberi semangat kepada pesakit agar segera sembuh dan menjadikan pengalaman di hospital menjadi lebih baik. Fazley harap makanan dihasilkan beri semangat kepada pesakit. "Pengalaman itu akan buat mereka rasa tidak menikmati hidangan orang 'sakit' dan menu baru ini boleh membuatkan mereka rasa lebih baik dah sihat," ujarnya. Sementara itu, Ketua Pengarah IHH Healthcare Malaysia, Jean Francois Naa berkata, menu baharu itu adalah langkah untuk memberi keselesaan kepada pesakit mereka. "Menu baru ini adalah langkah untuk keselesaan tambahan kepada pesakit selain kami cuba menawarkan hidangan enak tetapi penuh nutrien dan khasiat," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI