suria

Nyanyian Pat Candy ‘flat’ tapi selamat, minggu keempat Gegar Vaganza 9 tiada penyingkiran

Pat Candy mendapat markah terendah pada minggu keempat Gegar Vaganza 9.

KESEMUA peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menarik nafas lega apabila tiada sebarang penyingkiran dibuat pada pertandingan minggu keempat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

Bagaimanapun, penyanyi Pat Candy yang menyanyikan lagu Kembara Di Tanah Gersang muncul sebagai peserta dengan markah tercorot bersama salah seorang lagi peserta iaitu Tom.

Salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang berkata terdapat beberapa nada mendatar dalam persembahan Pat sehingga menyebabkan dia gagal memperolehi markah tinggi.

gv9-1280-x-720-jaclyn-victor

Jaclyn Victor mendahului kesemua peserta di minggu keempat pertandingan.

"Saya kurang gembira dengan persembahannya. Nyanyiannya tidak bertenaga dan ada beberapa nada yang flat.

"Jangan terlalu hafal lirik, tetapi perlu menguasai susunan muzik juga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian nampak tak ‘natural’, Roy Kapilla peserta pertama tersingkir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan ‘cute’ tak mampu selamatkan Haida Hasnan, jadi peserta kedua tersingkir GV9

Sementara itu, Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu berjudul You Raise Me Uo menduduki tempat pertama diikuti Bob Yusof dan VE pada malam itu.

Anugerah Juara Next Level pula dimenangi oleh Fuad Rahman dan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula milik Tom.

Pat terselamat daripada penyingkiran.

GV9 minggu ini dikendalikan oleh Elly Mazlein dan Sherry Alhadad yang menggantikan Nabil Ahmad yang bercuti ekoran kehilangan bapanya pada Jumaat lalu.

Selain Hetty, GV9 turut diadili oleh Datuk Ramli MS dan Datuk Shafinaz Selamat dan program itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain