suria

Wafariena alami kecederaan dipaksa buat ‘stunt’ sendiri sampai masuk hospital, terkilan pengarah lepas tangan

Sakit yang dialami menyebabkan Wafa sukar untuk bergerak.

PELAKON Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.

Bercerita mengenai insiden itu, Wafariena, 26, berkata, badannya mula rasa sakit selepas diminta melakukan babak berkenaan sekitar pukul 3 pagi di sebuah kawasan hutan yang terletak di Lenggong, Perak.

"Sepatutnya babak tersebut dilakukan oleh pelakon lagak ngeri tetapi pengrah minta saya buat sendiri. Lepas melakukannya badan saya mula rasa sakit sehingga badan lemah tidak boleh bergerak.

wafa 2

Wafa masih menunggu keputusan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.

"Sekitar pukul 6 pagi saya pergi ke klinik berhampiran dan doktor berikan suntikan ubat tahan sakit namun disebabkan keadaan saya teruk, doktor minta saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Wafariena meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama berkenaan seolah-olah lepas tangan dan tidak ambil peduli tentang kesakitan ditanggungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Wafariena dah bertunang, siap kongsi video sarung cincin atas pelamin... Ini komen tuan badan!

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena geram dituduh minah rempit, perampas... tiada hubungan istimewa dengan Syazuwan Hassan

Malah kata Wafariena, sehari selepas dia dimasukkan ke hospital, pengarah tersebut juga langsung tidak bertanya khabar tentang keadaan terkininya.

"Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya saya okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan.

Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri

WAFARIENA ROSLAN

PELAKON

"Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak.

"Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri," luahnya.

Sementara itu, Wafariena berkata, dia kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan lanjut pihak hospital sebelum menerima rawatan lanjut.

Malah ketika dihubungi, suara pelakon itu juga kedengaran lemah dan tidak boleh berbual lama akibat menanggung sakit pada bahagian belakang badan sehingga kaki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain