PERNAH melalui fasa kejatuhan dan rugi dalam perniagaan tidak pernah mematahkan semangat pelakon Zara Zya untuk terus bergelar usahawan dan tampil dengan produk baharu. Bagi Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, kegagalan masa lalu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bangkit kerana percaya tidak selamanya nama akan bertahan dalam dunia seni. “Awal terlibat dalam perniagaan dahulu saya fikirkan jumlah pengikut di media sosial sudah cukup untuk membantu, namun sekarang saya sedar perlu ada pasukan hebat dalam untuk sama-sama bekerja. Jadi setiap orang ada peranan masing-masing. “Saya sudah melalui untung rugi dan pernah ditipu. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berniaga. Memang ada rasa putus asa sekejap, bagaiamanapun apabila bangkit saya sedar perlu lakukan sesuatu. Pengalaman waktu sukar buat Zara lebih bersemangat menjadi usahawan. “Bagi saya sampai bila hendak berlakon kerana perjalanan dalam industri seni di Malaysia ini singkat. Disebabkan itu saya perlu ada perniagaan sendiri,” katanya kepada mStar. Zara ditemui ketika majlis pelancaran produk minuman kesihatan jenama Pasima yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bukan gimik murahan, Zara Zya hanya penuhi permintaan peminat kongsi gambar dengan Shuib ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hantar sampai kereta, netizen nampak Shuib ucap ‘Waalaikumsalam cinta’... Ini komen Zara Zya! Produk tersebut merupakan kerjasama antara Zara dengan syarikat Gold Sand Empire Sdn Bhd yang mana ia bertujuan membantu wanita mendapatkan tenaga selain mengelakkan masalah dalaman. Sebagai seorang yang dikenali, Zara sedar namanya akan menjadi sasaran mana-mana pihak yang sentiasa mencari kesalahan setiap kali seorang selebriti tampil dengan produk baharu. Sampai bila hendak berlakon kerana perjalanan dalam industri seni di Malaysia ini singkat. ZARA ZYA PELAKON “Semestinya saya sudah bersedia apabila ada orang mahu mencari kesalahan apabila produk ini mula digunakan nanti. Orang mahu tahu hasil penggunaannya selain bahan-bahan digunakan. “Saya tidak takut dengan semua itu kerana sebelum ini pernah mencuba sendiri dan dapat merasakan kesan baiknya. Selain itu pasukan dalam perniagaan ini juga sentiasa peka untuk berdepan dengan situasi sedemikian,” jelasnya. Dalam masa sama, Zara juga memberitahu penglibatan dalam dunia perniagaan bukanlah bermaksud dia mahu memperlahankan kerjaya seni. Zara bersama rakan niaganya, Aidah Mohamed ketika pelancaran produk Pasima. Bagi Zara apa yang dilakukan sekarang ini adalah satu perancangan terbaik untuk masa depan supaya namanya kekal relevan dalam kalangan peminat. “Tak pernah fikir pun untuk berhenti atau perlahankan kerjaya seni. Tetapi mungkin apabila usia sudah meningkat nanti saya hanya jadikan lakonan sebagai hobi atau melepaskan rindu peminat. “Sekarang ini rasanya saya sudah punya ‘brand’ yang cukup baik sebagai seorang Zara Zya. apa yang perlu dilakukan adalah untuk jaga nama baik dan kekal bertahan,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI