suria

Kris Dayanti dan Noryn Aziz kongsi pentas dalam konsert Duo Diva

Kris Dayanti bakal bertemu peminat pada 29 Oktober ini.

SELEPAS lima tahun tidak bertemu peminat di Kuala Lumpur, penyanyi popular Indonesia Kris Dayanti bakal mengadakan konsert Duo Diva Live In Malaysia pada Oktober ini.

Bukan itu sahaja, konsert ini turut menampilkan juara program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) iaitu Noryn Aziz yang terkenal dengan kekuatan vokalnya.

Wakil ACO Media dan Asia Momentum Media (AMM), Belvas Lee berkata, pihaknya sangat berbesar hati dapat menggabungkan dua nama bintang terkenal ini di atas pentas sama pada 29 Oktober ini.

Kris Dayanti dan Noryn Aziz dalam konsert Duo Diva Live In Malaysia.

"Konsert ini merupakan 'customize concert'. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia.

"Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti mengaku beberapa kali buat pembedahan plastik demi cantik di mata suami

ARTIKEL BERKAITAN: Perang dua keluarga berakhir, kembali bersatu semula... anak Krisdayanti, Anang syukur doa termakbul

Katanya, dalam konsert Kris Dayanti & Noryan Aziz: Duo Diva Live In Malaysia, dua artis ini bakal mempersembahankan lagu hits mereka seperti Menghitung Hari oleh Kris Dayanti dan Cerita Cinta oleh Noryn Aziz.

Konsert kali ini juga menjanjikan beberapa duet yang pastinya membuat para peminat terkejut tentang gadingan vokal bertenaga ini.

Bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) tiket konsert ini telah mula dijual pada 7 Oktober di www.ticket2u.com.my.

Harga yang ditawarkan bermula RM288, RM488, RM788, RM988 dan RM1,188.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain