suria

Siti Nurhaliza tak pernah cakap gembira Aafiyah jadi ahli politik, ada rakaman video sebagai bukti 

Siti menyangkal laporan sebuah portal yang mengatakan dia gembira jika Aafiyah melibatkan diri dalam politik.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan pernah menyebut dirinya lebih gembira sekiranya anak perempuannya Siti Aafiyah menjadi ahli politik seperti dilaporkan oleh sebuah portal baru-baru ini.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 43, berkata, kenyataan itu bercanggah dengan jawapan sebenar yang diberikan ketika ditanya oleh media apabila ditanya mengenai Aafiyah.

"Cuba tonton (video live) saya pada 6 Oktober baru-baru ini, ada saya post di sini, dengar apa yang saya jawab apabila media bertanyakan tentang Aafiyah.

"Tajuk berita ini jauh berbeza dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis," katanya.

siti1

Kesalahan fakta itu beri impak negatif buat dirinya.

Siti berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu sebagai mengulas artikel dikeluarkan sebuah portal dengan tajuk, 'Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Jadi Ahli Politik'.

Dalam pada itu, Siti turut menegaskan tentang etika penulisan supaya tidak menukar fakta kerana pada akhirnya ia akan memberi impak negatif kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berlemak suara, siap ada lenggok”... Aafiyah dapat pujian nyanyi lagu ‘Burung Kakak Tua’, dijangka penyambung legasi Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah dah sekolah! Siti Nurhaliza sebak, hampir menangis hantar anak masuk tadika

Katanya, netizen akan menulis di ruangan komen berdasarkan tajuk dan kesannya pelbagai perkara akan diperkatakan.

"Apa yang saya tekankan adalah mengenai etika menulis, jangan mengubah fakta dan saya pula yang terkena impak negatifnya.

"Saya berharap agar pihak portal itu bertanggungjawab di atas artikel dan tajuk yang ditulis.

siti2

Siti tidak mahu kenyataannya disalah erti.

"Saya tidak pernah ada masalah dengan pihak media tetapi saya hanya mahu agar apa yang ditulis perlu dengan fakta yang betul, apatah lagi ada video yang boleh dirujuk," jelasnya.

Terdahulu, Aafiyah menarik perhatian netizen apabila menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti.

Video yang dikongsi itu memperlihatkan Siti menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah dan ramai kagum dengan bakat nyanyiannya seperti ibunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain