suria

Rahmad Mega muncul pemenang musim pertama Terpaling Juara, bawa pulang RM100,000

Rahmad muncul juara program Terpaling Juara musim pertama yang berlangsung pada malam Ahad.

PENYANYI Rahmad Mega berjaya merebut gelaran juara program realiti Terpaling Juara musim pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Rahmad berjaya menewaskan tiga lagi peserta peringkat final menerusi persembahan lagu Ku Akui dan Dipenjara Janji duet bersama kaptennya, Hael Hussaini.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Rahmad membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Rahmad yang tidak menjangkakan kemenangan itu bagaimanapun bersyukur kerana diangkat sebagai juara bagi musim pertama Terpaling Juara.

WhatsApp Image 2022-10-09 at 11.20.56 PM

Rahmad berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

"Alhamdulillah, saya telah mencipta titik baharu dalam kerjaya saya pada malam Maulidur Rasul ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong," katanya.

Sementara itu, Aqmal Ramdan mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian sumbang minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Ifa Raziah salahkan pakaian ganggu persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Indonesia Pamungkas dianggap jijik, tergamak gosok telefon peminat pada alat sulit

Manakala, tempat ketiga pula milik Hazami yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi.

Shaz Shaharum bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan tersebut, juri tetap iaitu Fauziah Latif menjelaskan Rahmad mempunyai kawalan vokal yang baik terutamanya penghayatan menerusi lagu Ku Akui.

"Secara peribadi saya suka penghayatan yang dibawa Rahmad malam ini. Secara keseluruhan, feel yang Rahmad tampilkan berjaya," katanya.

WhatsApp Image 2022-10-09 at 11.20.59 PM

Rahmad menepati ramalan sebagai juara.

Juri jemputan, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memuji Rahmad yang disifatkan sebagai antara penyanyi lelaki negara yang mempunyai vokal terbaik.

"Kalau otai menyanyi memang lain macam. Saya suka penghayatan Rahmad dalam nyanyian. Rahmad merupakan saslah seorang penyanyi lelaki terbaik yang ada di Malaysia," ujarnya.

Selain Fauziah dan Siti Nurhaliza, juri jemputan turut dibarisi oleh Datuk Hattan yang mewakili 70 peratus markah manakala selebihnya undian penonton.

Pada peringkat final itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Floor88 dan Siti Nurhaliza.

Terpaling Juara musim pertama dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir. Ia turut disiarkan secara langsung di TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain