PENYAMPAI radio Era FM iaitu Radin terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor pada Jumaat lalu akibat jangkitan pada tonsil. Menurut Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy, 32, dia mula berasa tidak sebab badan sejak Isnin minggu lalu sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik. Namun disebabkan kesihatan masih tidak beransur pulih, Radin terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Kurang rehat antara punca masalah tonsil. "Saya telah lakukan ujian calitan untuk periksa sama ada terkena jangkitan Covid-19 atau influenza, namun semuanya negatif. Walaupun dah pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat, tapi badan masih belum sihat dan menggigil di tengah malam. "Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor pakar memaklumkan bahagian tonsil sudah bernanah. Itulah yang menyebabkan saya demam teruk. "Menurut doktor, sakit ini mungkin berpunca dari jangkitan virus, tekanan atau kurang rehat disebabkan terlalu banyak kerja," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 bulan batal majlis kahwin, sedekah lauk kenduri sebab banjir, akhirnya impian bersanding jadi realiti... paling sempoi Radin Era tunai janji! ARTIKEL BERKAITAN: Radin tersentuh ada yang pulangkan baki lepas beli barang keperluan, tak pernah rasa sangsi beri bantuan - “Kalau tipu... itu antara mereka dengan Allah” Sementara itu, Radin memberitahu dia sudah menerima rawatan antibiotik dan suntikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesan bengkak pada tonsil. Dia juga telah dibenarkan pulang pada petang Isnin dan diminta melakukan pemeriksaan susulan. "Sepanjang empat hari di hospital, doktor beri rawatan untuk hilangkan sakit serta bengkak. Syukur sekarang kesihatan semakin baik. Dengan suara inilah saya cari makan. Saya pula sangat enjoy dengan apa yang dilakukan, jadi masih terus bekerja walau ada rasa sakit sedikit RADIN PENYAMPAI RADIO "Bagaimanapun doktor beritahu mungkin akan jalani pembedahan kecil jika minggu depan sakit masih belum hilang. Semoga tiada ada yang serius nanti," ujarnya. Dalam pada itu, Radin memberitahu ini bukanlah pertama kali dia mengalami masalah berkaitan tekak. Ditambah pula, perubahan waktu kerja sebagai penyampai segmen pagi juga membuatkan jadual hariannya masih lagi tidak teratur. Radin mahu segera kembali bertugas. Walaupun diberi cuti rehat selama satu minggu, Radin tetap memikirkan hal kerja dan berharap akan mula kembali bertugas selepas beberapa hari keluar hospital. "Dengan suara inilah saya cari makan. Saya pula sangat enjoy dengan apa yang dilakukan, jadi masih terus bekerja walau ada rasa sakit sedikit. Tak sangka ia boleh jadi teruk begini. "Saya pun tak rancang nak bercuti lama. Banyak lagi urusan kerja yang perlu diselesaikan," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI