SUSULAN tular foto yang didakwa mirip Bilal, pengacara dan usahawan iaitu Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan individu berkenaan menceroboh privasinya keluarga. Kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa, 33, tindakan merakam dan menyebarkan foto anaknya tanpa izin seolah-olah tidak menghormati dirinya. "Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu menyinggung perasaan saya, bila orang nampak di luar, nampaklah! Bila dia kongsi semua itu saya rasa macam dia tak menghormati," katanya kepada mStar. Neelofa terkilan foto anak disebarkan tanpa kebenaran. Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa. Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia sama sekali tidak akan menyorokkan wajah anaknya sekiranya berada di luar. Bagaimanapun dia meminta orang ramai menghormati keputusannya untuk berkongsi wajah anak apabila tiba waktu yang sesuai. Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan patut buat benda ini. Sebab kita dah rancang dengan suami sampai masa yang sesuai NEELOFA PENGACARA/ USAHAWAN "Sebab di luar saya takkan halang, saya pun tak akan sorok-sorokan wajah dia. "Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan patut buat benda ini. Sebab kita dah rancang dengan suami sampai masa yang sesuai. Kita nak jadi orang pertama yang buat," ujarnya. Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui sudah penat bercakap mengenai anaknya apabila ditanya media. ARTIKEL BERKAITAN: Ini ke anak Neelofa? Peminat berjaya rakam wajah dipercayai Bilal ketika hadir ke klinik ARTIKEL BERKAITAN: Sering jadi bahan mulut netizen, kali ini Neelofa siap siaga dengan ‘senjata’ "Saya dah penat sangat cakap fasal anak, dah banyak sangat keluar artikel... saya ada banyak majlis di luar jadi andai kata terserempak tak mengapa," tambahnya. Bercakap mengenai program Next To Neelofa, ia turut menampilkan Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Ariffin dan Ustazah Oki. Menurut Ketua Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh, musim kedua ini berbeza kerana ia memaparkan kematangan pengacara berkenaan. Next To Neelofa musim kedua lebih menarik. "Para penonton akan menjadi saksi kepada kematangan Neelofa dalam melayari kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri," katanya. Next To Neelofa bakal bersiaran bermula 22 Oktober depan setiap hari Sabtu pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria. Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum kerana ingin melindungi anaknya daripada penyakit Ain. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]