SELEPAS bergelar isteri, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa berkata dia kini lebih selesa bekerjasama dengan rakan artis wanita sahaja dalam mana-mana program televisyen. Menurut Neelofa, 33, keputusan dibuat itu adalah atas kemahuan dirinya sendiri dan bukanlah syarat yang diletakkan oleh suami iaitu Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. "Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai. Neelofa mahu jaga maruah suami selepas bergelar isteri. “Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri," katanya. Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media program bual bicara Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. Neelofa bagaimanapun memaklumkan bahawa dia masih boleh berkerjasama dengan selebriti lelaki sekiranya ada individu lain yang turut diundang. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa kecewa netizen sebar foto Bilal, tak hormati privasi... “Sebagai ibu, ia menyinggung perasaan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tunjuk telatah Bilal, comel siap pakai mask... TokTi kata ‘betullah gebu macam Afwa’ "Jadi kalau ada tetamu lelaki sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay. "Saya ambil kira apa yang dipaparkan, apa yang dipertontonkan," ujarnya. Dalam pada itu, Neelofa menjelaskan bahawa dia melakukan sedemikian bukan mahu mengelak kata-kata netizen sebaliknya lebih kepada mahu menjaga maruah suami. Itu kemahuan saya sendiri, bila buka televisyen nampak saya duduk sebelah lelaki memang tak manis. NEELOFA PENGACARA/USAHAWAN "Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami saya. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga. "Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa itu adalah benda yang baik. Neelofa tak peduli dengan kata netizen. “Buat apa kita nak jadikan benda itu sebagai syarat. Mana-mana isteri lain pun boleh pertimbangkan benda itu," jelasnya. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI