PERNAH menerima kata-kata hinaan dalam kalangan rakan industri seni sama sekali tidak mematahkan semangat penyanyi dan komposer Harry Khalifah untuk terus bertahan memperjuangkan karier muziknya. Harry atau mesra disapa Apak, 42, berkata dia enggan ambil peduli dengan semua kecaman tersebut kerana ia boleh membataskan peluang untuknya menghasilkan lebih banyak karya baharu. "Saya ingat lagi ada orang pernah cakap 'selagi nama Harry ada, industri muzik ini tidak akan maju'. Itu antara hinaan yang paling teruk pernah saya dapat. Malah yang berkata begitu adalah orang dalam industri sendiri. Apak anggap kecaman sebagai pembakar semangat. "Saya tidak pernah kacau orang. Hina sangatkah saya ini? Pendengar muzik tidak pernah berkata begitu dan mereka ada pilihan lain jika tidak suka karya saya. "Tapi kata-kata tersebut juga menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjuang. Kalau nak ambil peduli dengan semua kecaman, saya akan terus stuck dan down," katanya kepada mStar. Apak sebelum itu berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya meluahkan penghargaan kepada peminat yang masih memberi sokongan di sebalik kutukan terhadapnya selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki! Baru timang cahaya mata kelapan, isteri hamil lagi... Harry Khalifah tak anggap ramai anak satu beban ARTIKEL BERKAITAN: Harry Khalifah takut-takut sambut kelahiran anak kelapan, pertama kali teman isteri masuk bilik bersalin Tidak menujukan mesej tersebut kepada mana-mana pihak, Apak berkata perkongsiannya itu adalah sebagai satu peringatan supaya dia sentiasa merendah diri walau kini sudah berada di tahap yang boleh dibanggakan. "Dalam media sosial juga ada komen-komen kurang enak saya terima. Mereka katakan lagu saya masih 'kampung' dan tidak sesuai di zaman sekarang ini. Kecaman yang diterima sebelum ini buatkan saya lebih kebal. Saya tidak pernah kacau orang. Hina sangatkah saya ini? HARRY KHALIFAH PENYANYI/KOMPOSER "Walau berada di tahap sekarang ini, saya sentiasa ingatkan diri sendiri untuk terus tunduk ke bawah. Saya bukanlah penyanyi nombor satu. "Alhamdulillah... apa yang saya sasarkan sebelum ini sudah tercapai. Nama dan karya dikenali bagaikan satu rahmat besar buat saya sebagai seorang anak seni," ujarnya. Selain bergelar penyanyi Apak juga banyak mencipta lagu untuk penyanyi lain. Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Apa baharu sahaja melancarkan lagu berjudul Sayunk I Love You yang dicipta untuk nyanyian anaknya sendiri iaitu Chombi. Apak juga akan tampil dengan single berjudul Rokiah dalam masa terdekat selepas kali terakhir muncul dengan lagu Suaramu Syairku pada Oktober 2020. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI