KETERUJAAN netizen untuk melihat wajah anak pasangan selebriti Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail nampaknya sudah tidak terkawal lagi. Terbaharu, Neelofa, 33, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak tergamak melakukan suntingan terhadap wajah anaknya iaitu Muhammad Bilal. Lebih membuatkan Neelofa kesal apabila foto edit itu menerima pelbagai komen negatif daripada netizen. Neelofa kecewa wajah anak diedit tanpa izin. "Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit fake tu... dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? "Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar," katanya. Neelofa meluahkan rasa sedih tersebut menerusi Instastory miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa enggan terlibat program TV perlu tampil berdua dengan selebriti lelaki... “Tanggungjawab sebagai isteri dan maruah suami” ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa kecewa netizen sebar foto Bilal, tak hormati privasi... “Sebagai ibu, ia menyinggung perasaan saya” Dalam perkongsian tersebut, Neelofa juga menegur sikap individu berkenaan yang melakukan perkara tersebut semata-mata mahu memuaskan hati. "Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara... mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. "Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik," katanya lagi. Macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? NEELOFA PENGACARA/USAHAWAN Dia juga meminta agar netizen menjaga perasaannya sebagai ibu yang bersusah payah mengandungkan anaknya. "Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa," tambahnya. Neelofa minta netizen hormati perasaannya sebagai ibu. Terdahulu, Neelofa memaklumkan bahawa dia tidak akan menyorokan wajah anaknya apabila berada di luar. Namun sikap segelintir individu yang merakam atau menyebarkan foto Bilal tanpa izin seakan tidak menghormati dirinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI