suria

Peniaga tepi jalan serang gerai sebelah kerana jual menu sama... Fahrin Ahmad sedih tengok kelakuan bangsa sendiri berniaga

Fahrin Ahmad memberikan pendapat terhadap isu yang tular di media sosial.

SUSULAN video tular memaparkan dua peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur bertengkar kerana menjual menu sama menarik perhatian ramai netizen termasuklah pelakon Fahrin Ahmad.

Berkongsi pandangannya mengenai isu ini, Fahrin, 43, berpendapat tindakan menghalang peniaga lain mencari rezeki di lokasi yang sama adalah tidak wajar.

Tambahnya, peniaga perlulah bersaing secara sihat kerana jika makanan dijual sedap dan berkualiti maka tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka.

"Entah apa-apa, kalau peniaga masing-masing masak sedap, harga bagus, kualiti bagus apa nak takut... apa nak halang," katanya.

Fahrin menulis pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online Office.

Sedih menonton rakaman video yang tular itu, Fahrin berkata dia kecewa apabila melihat ada peniaga dalam kalangan bangsa sendiri mudah cemburu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

fahrin1

Komen yang ditulis Fahrin di laman instagram mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke gerai tepi jalan berlagak ‘kak long kawasan’ ugut peniaga sebelah, sakit hati jual menu sama... “Esok saya tak nak tengok nasi lemak ni!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kena tipu dan alami kerugian, Zara Zya tak serik berniaga... “sampai bila nak berlakon?”

Dalam hal ini, Fahrin berpendapat peniaga haruslah bijak menyusun strategi bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.

"Stesen minyak banyak sahaja jenama yang buka bersebelahan, harga minyak semua sama. Tiada pula tauke mereka bergaduh buat aduan suruh kerajaan tutup.

"Bersepah-sepah tempat orang meniaga benda yang hampir sama, sedih betul tengok peniaga bangsa sendiri macam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan komen terhadap kelakuan wanita itu yang dikatakan tidak percaya pada rezeki masing-masing.

"Dia tak percaya pada rezeki. Kelakar la awak. Takut persaingan ya.

"Melayu tak pernah nak maju, munculnya orang-orang macam inilah. Hasad dengki tak habis-habis," tulis netizen.

fahrin2

Fahrin tampil menyuarakan pendapatnya.

Pada Selasa, tular rakaman video seorang wanita dikatakan menyerang peniaga yang menjual menu serupa dan memberi amaran kepada peniaga itu untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.

Video itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya tidak menyokong perbuatan wanita berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain