suria

Pelakon Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia

Hisham Tajuddin meninggal dunia pada Rabu.

PELAKON Hisham Ahmad Tajudin menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam (HSA), Selangor pada pukul 4.30 petang, Rabu.

Berita sedih itu disahkan oleh anaknya Aqeela Mohd Hisham, 26, yang turut memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

"Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati saya ingin memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui sang pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang.

"Sama sama sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah..Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Bob Lokman meninggal dunia

Allahyarham yang berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di HSA sejak 29 September lalu.

Untuk rekod, Hisham Ahmad Tajudin bergiat aktif dalam bidang seni sekitar tahun 1980.

Antara filem dan drama lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah.

Sebelum ini, media melaporkan keadaan kesihatan Hisham kurang baik dan mengalami batuk berterusan selama seminggu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain