PELAKON Zahiril Adzim tidak menghalang jika anaknya, Nadi Anaqi, 9, ingin mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan. Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim, 38, dan isterinya, Shera Aiyob sentiasa menyokong apa sahaja minat anak tunggal kesayangan mereka itu. Malah, pelakon ini sedia memberi tunjuk ajar kepada Nadi untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang diminatinya. "Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh Anaqi," katanya. Zahiril Adzim antara pelakon lelaki yang berbakat besar. Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya menerima tawaran untuk Anaqi berlakon bersamanya dan Shera. Tambahnya lagi, Shera juga masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak selain menguruskan karier seninya. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan lakon babak ranjang dalam filem Hollywood, Zahiril Adzim tak rela langgar hukum agama ARTIKEL BERKAITAN: Saling memahami! Isteri tak halang Zahiril Adzim minat aktiviti ‘ride motor’... “Sebenarnya Shera lebih lasak dari saya” "Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya. "Saya selesa apabila isteri sendiri menguruskan kerjaya seni kerana senang untuk kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah," jelasnya. Sementara itu, Zahiril bakal muncul dengan filem terbaharu, Siku 12: Langkah Derhaka bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh Anaqi. ZAHIRIL ADZIM PELAKON Dia menerima tawaran berlakon kerana tertarik dengan jalan cerita filem terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd itu. "Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. "Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar," katanya. Gandingan bersama Syafiq Kyle menerusi filem Siku 12: Langkah Derhaka. Berkongsi cabaran, kata pelakon ini dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu. "Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12," tambahnya. Untuk info, filem Siku 12 turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot. Filem ini akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI