suria

Caprice boleh terima digelar ‘Mat Tempel’ tapi kesal pasar raya ternama ajak orang ramai kutuk, sindir

Caprice tuntut pemohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

NAMPAKNYA kontroversi yang terkait terhadap penyanyi rap, Caprice terus berpanjangan dan kali ini pula dia terasa hati kononnya disindir secara terbuka di media sosial oleh sebuah pasar raya.

Justeru, Caprice berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jenama besar berkenaan.

Menurut Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 34, tindakan pasar raya itu memuat naik hantaran berbentuk sindiran di media sosial rasmi mereka dilihat berniat untuk mengajak orang ramai mengecam dirinya berhubung beberapa isu panas sebelum ini.

"Bagi saya, nama besar seperti Mydin mengajak orang untuk mengutuk dan memerli ketika bercakap mengenai isu panas yang melibatkan PU (Pencetus Ummah) adalah tidak sesuai.

Pasar raya terkemuka diberi tempoh 24 jam untuk buat pemohonan maaf.

"Keluarga saya juga membeli belah di Mydin tapi apabila hantaran berkenaan tular di media sosial rasmi membuatkan kami rasa kurang selesa dan tidak selamat untuk pergi ke sana lagi.

"Sudah tentu kami terkejut dan kecewa kerana jenama besar yang kami kagumi itu akhirnya membuat posting mengajak orang menyindir dan mengecam dalam isu yang sedang hangat ini," katanya kepada mStar yang turut menuntut Mydin membuat permohonan maaf sebelum tindakan saman diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice ‘audit’ lelaki mengaku cicit Nabi, pengguna Twitter pula dedah kenyataan Jakim... “Mencurigakan dan perlu berhati-hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tak tunduk desakan jangan campur kes jenayah seksual, bakal dedah lebih banyak bukti

Mengulas mengenai dirinya semakin sensitif dan tidak boleh 'diusik' seperti dikatakan netizen, Caprice berkata dia tidak pernah ambil pusing dengan kecaman yang diterima namun bukanlah melibatkan isu pembongkaran yang sedang hangat diperkatakan.

Malah, dia juga tidak kisah digelar 'Mat Tempel' atau individu yang suka mengambil kesempatan dengan apa-apa isu yang sedang berlaku kini.

"Kalau saya sertai Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) nanti saya akan jadi YB Tempel. Saya akan tolong ramai orang semampu saya.

Saya tak ada hal nak diusik tapi kali ini kami melawan kerana melibatkan PU terkenal.

CAPRICE

PENYANYI/USAHAWAN

"Dari dulu lagi saya tak ada hal nak diusik, tapi kali ini kami lebih kuat dan melawan kerana melibatkan PU terkenal.

"Sebab kenyataan PU juga membuatkan isteri saya diserang dengan gelaran pelacur," jelasnya.

Caprice terima aduan dari pengikutnya.

Ditanya mengenai pembongkaran seterusnya, dia berkata banyak lagi rahsia yang disimpan sejak dia pulang dari Gaza, Palestin, Jun tahun lalu.

"Semua pembongkaran ini akan membawa keada rahsia besar yang saya simpan sejak balik dari Joran ke Gaza. InsyaAllah," tambahnya.

mStar sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak Mydin berhubung isu ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain