PELAKON dan pengacara Yasmin Hani menafikan dakwaan kononnya dia dan teman lelaki iaitu Alif Hadi tinggal serumah. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Yasmin atau nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, memberitahu dia menetap bersama ibu dan Alif hanya datang untuk menjamu selera bersama keluarganya. "Dia selalu datang rumah saya untuk makan. Sampaikan kalau dia tidak ke rumah, pembantu rumah saya sendiri kata sunyi bila Alif tak datang. Tiada siapa nak habiskan makanan. "Kalau nak kata saya tinggal serumah dengannya, mak saya nak letak dekat mana?" katanya kepada mStar. Yasmin ditemui pada sidang media program realiti terbaharu Dapur Tempur yang diadakan di Sunway Geo, Petaling Jaya pada Selasa. Yasmin ketika ditemui baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gara-gara ‘content’ TikTok, Alif Hadi dituduh tinggal sebumbung dengan Yasmin Hani... perjelas video sekadar hiburan ARTIKEL BERKAITAN: Alif Hadi mengaku rapat dengan Yasmin Hani, mahu ambil hati anak-anak dahulu sebelum bercinta Sementara itu, Yasmin meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang sering berprasangka buruk tanpa memikirkan perasaan keluarga orang lain. Malah, baginya situasi orang berkunjung ke rumah adalah perkara biasa dan tidak perlu dijadikan bahan bualan ramai. "Kalau ahli keluarga datang ke rumah kita, kita layan seperti biasa kan? "Tapi kenapa bila orang luar, bila kekasih datang rumah, ada yang kata kita tinggal serumah," ujarnya. Pasangan ini tidak lagi mempunyai perancangan untuk berkahwin. Dalam pada itu, Yasmin turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia dan Alif bakal berkahwin pada tahun ini. Tambah Yasmin, mereka kini masih belum ada perancangan serius untuk mendirikan rumah tangga. "Tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Saya mahu pastikan Alif benar-benar bersedia kerana saya mempunyai cara sendiri menguruskan keluarga. "Buat masa ini kami belum ada perancangan ke arah itu. Anak saya memang selesa dengan Alif, tapi dia pun ada ayah sendiri. Jadi, ia adalah proses yang panjang untuk menyesuaikan dengan waktu. "Kalau kami memang mahu berkahwin, saya akan umumkan kepada semua," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI