suria

Keisya Levronka puji vokal Nabila Razali, versi duet ‘Tak Ingin Usai’ hadiah buat peminat 

Keisya dan Nabila berpadu suara dalam versi duet Tak Ingin Usai.

PENYANYI Indonesia Keisya Levronka melahirkan rasa teruja dapat berduet dengan Nabila Razali menerusi lagu popularnya yang diberi nafas baharu iaitu Tak Ingin Usai.

Keisya berkata, Nabila mempunyai kualiti vokal yang sangat baik dan suaranya cukup sesuai dengan lagu berkenaan.

"Saya rasa gembira dapat bekerjasama dengan Nabila kerana dia mempunyai kualiti vokal yang sangat baik.

"Saya yakin lagu ini (versi duet) akan diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia malah di negara-negara lain," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Keisya puji keunikan dan kekuatan vokal Nabila.

Bagi memastikan keaslian lagu berkenaan yang cukup popular dalam kalangan pendengar, Keisya berkata, pihak penerbit mengekalkan konsep asal.

Malah tidak banyak perubahan yang dilakukan terhadap susunan lagu tersebut kerana vokalnya dan Nabila sesuai dengan melodi sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya di AIM23, Keisya Levronka banyak kali ‘terkucil’ nyanyi lagu sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak sanggup tengok Nabila Razali pakai baju renang... Katanya kain tebal, dah siap tanya ibu perlu ke padam?

"Perubahan terhadap proses susunan lagu versi duet tidak jauh beza dengan yang asal dan masih mengekalkan alunan instrumen gitar akustik yang dominan selain melodinya yang merdu," katanya.

Bagaimanapun bagi memberi kelainan dan hadiah kepada peminat, muzik videonya dirakamkan semula berbeza dengan konsep asal sebelum ini.

Ia dilakukan sesuai dengan penampilan Nabila yang memberi impak berbeza dari segi aspek visual.

1-keisya-levronka-dan-nabila-razali

Video muzik Tak Ingin Usai versi duet kini boleh ditonton di YouTube.

"Muzik video dirakamkan di Malaysia ketika saya melakukan aktiviti promosi dan ia ada perbezaan ketara tetapi masih memberi kesan sedih yang kuat kepada penonton menerusi penggunaan ruang suram dengan cahaya lilin," katanya.

Sementara itu, Universal Music Malaysia menjelaskan idea menggabungkan Keisya dan Nabila tercetus daripada versi 'cover' oleh Nabila di saluran YouTube miliknya.

Melihat kepada penerimaan baik terhadap versi Nabila, pihaknya berhubung Universal Music Indonesia untuk melakukan projek kolaborasi duet di antara mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain