suria

Penampilan tindik hidung jadi perhatian netizen, Bunga Isme ‘sporting’ layan soalan peminat

Penampilan bertindik Bunga Isme mendapat perhatian netizen.

PENAMPILAN penyanyi rap, Bunga Isme dikritik hebat apabila tampil dengan imej menindik hidungnya.

Biarpun manis menggayakan baju kurung bersama tudung bawal, namun netizen lebih tertarik memperkatakan tentang tindik di bahagian hidungnya itu.

Ada di antara netizen yang menyamakan aksesori itu sebagai mata kail dan key chain yang sering disangkut pada beg atau kunci.

Tidak kurang ada yang bertanya tentang fungsi tindik di bahagian hidung seperti dilakukan Bunga.

"Patutlah saya mancing tadi tak dapat nak tarik, tersangkut dekat akak rupanya.

"Tak sakit ke sangkut mata kail tu. Mana beli subang hidung tu?

"Weh soalah serius bukan nak menghina, cuma nak tanya apa fungsi tindik dekat hidung tu?" tulis netizen.

bunga112

Bunga kini sedang menyambung pendidikan dalam jurusan pentadbiran awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal identiti gadis Melayu, penyanyi rap Bunga tak akan tanggal baju kurung!

ARTIKEL BERKAITAN: Tajuk lagu ‘Eleh He Eleh’ kena kecam, lirik macam budak-budak... Timah kata ‘biasalah yang pelik senang viral’

Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 22, bagaimanapun dilihat 'sporting' melayan pertanyaan yang diterima dengan membalas komen mereka.

Secara berseloroh, Bunga memberitahu subang itu tidak boleh dipakai hanya sebelah bahagian hidung kerana ia akan berat sebelah.

"Tak boleh, nanti berat sebelah," tulisnya.

bunga11

Antara komen yang diterima.

Bunga memuat naik video di laman TikTok menunjukkan dia sedang berjalan selepas menghadiri kelas di universiti.

Bunga turut memberitahu dia kini sedang mengambil jurusan pentadbiran awam dan difahamkan penyanyi lagu Intan Payung ini merupakan penuntut di sebuah universiti awam di Negeri Sembilan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain