suria

Rumah tangga didakwa bermasalah, Luqman Hafidz tunggu masa sesuai jelas situasi sebenar

Luqman tidak mahu perkara itu menjadi bahan mulut masyarakat.

TIDAK lagi berkongsi gambar keluarga di media sosial, rumah tangga pelakon Luqman Hafidz didakwa sedang bermasalah.

Belum bersedia memberi sebarang komen, Luqman atau Muhd Luqman Hafidz Muhd Fauzi, 31, berkata, dia akan menjelaskan perkara itu apabila tiba masa sesuai.

"Buat masa sekarang biarlah saya happy dulu dan susah untuk kongsikan perkara yang agak berat begini.

luqman1

Luqman belum bersedia memberi sebarang komen isu rumah tangga.

"Bila tiba masanya nanti dan sudah ada kekuatan saya akan kongsikan. Banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarga dan pihak pengurusan," katanya kepada mStar.

Luqman ditemui ketika majlis tayangan drama berjudul Astana Mini Series yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengambil pendekatan tidak berkongsi kisah peribadi di media sosial, kata Luqman, dia tidak mahu perkara itu menjadi bahan mulut masyarakat yang boleh menggangu ketenteraman diri serta keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Hafidz bakal jadi bapa, menanti kelahiran anak sulung Februari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Hafidz kini suami orang, nikah secara tertutup kerana Covid-19

"Dari dulu lagi saya tak kongsi kisah peribadi. Saya tak mahu kalau ada apa-apa isu ia boleh jadi ‘peluru’ untuk orang serang saya dan keluarga.

"Sebagai anak seni saya faham kita tidak boleh lari daripada pandangan orang. Saya hormat setiap pendapat dan mengharapkan perkara sama semua orang," katanya.

Untuk rekod, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mad Apandi pada 20 Mac 2020.

Bila tiba masanya nanti dan sudah ada kekuatan saya akan kongsikan. Banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarga dan pihak pengurusan

LUQMAN HAFIDZ

PELAKON

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia setahun lapan bulan.

Bercakap tentang drama arahannya itu, kata Luqman, dia amat berbesar hati diberi peluang untuk mencuba satu bidang baharu dalam kerjaya seni.

Secara tidak langsung ia juga menjadi permulaan untuk terus menghasilkan drama lebih baik sebagai seorang pengarah.

luqman 1

Antara babak dalam Astana Mini Series.

"Saya gembira untuk karya ini. Harap penerimaan penonton lebih baik.

"Kalau diberi peluang saya terbuka untuk buat lagi di platform lain. Kita beri cerita untuk penonton rasa," ujarnya.

Drama siri pendek itu bakal ditayangkan di saluran YouTube Astana Motion Studio bermula November ini.

Selain mengarah Luqman juga terlibat sebagai watak utama dan turut menampilkan pelakon lain seperti Cik Manggis, NasT dan Naqiu.

Dalam masa beberapa pelakon yang membuat kemunculan khas adalah Mustapha Kamal, Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah dan Pablo Amirul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain