PENERBIT drama Datuk A. Aida tidak memandang rendah kepada pelakon dengan penampilan kurang menarik sebaliknya individu berkenaan tetap menjadi pilihan asalkan mereka boleh berlakon serta sesuai dengan watak yang diwujudkan. A. Aida atau Zaidah Awang, 52, berkata, pelakon berwajah cantik dan kacak pula lebih diberi keutamaan untuk menjadi hero, heroin atau pelakon pembantu kerana ia adalah tuntutan pasaran pada masa kini. "Saya tidak memandang rendah kepada paras rupa seseorang tetapi jika individu itu mempunyai pakej menarik, ia adalah satu kelebihan. "Kepada yang tidak ada pakej pula, peluang untuk mereka tetap ada dan ia bergantung kepada watak yang diwujudkan," katanya kepada mStar. A. Aida tetap membuka ruang kepada pelakon yang tidak mempunyai perwatakan menarik dalam drama terbitannya. A. Aida berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati sesetengah pihak selepas dia membuka peluang kepada individu yang mempunyai rupa paras cantik dan kacak untuk menjalani uji bakat bagi membintangi drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production. Kenyataannya itu turut mendapat maklum balas pelakon Amerul Affendi yang menyindirnya dengan memberi cadangan agar institusi pengajian tinggi negara ini perlu menamatkan kursus lakonan kerana ia ibarat ‘scam’ apabila rupa paras menjadi taruhan. ARTIKEL BERKAITAN: “Bakat boleh asah, paling penting wajah cantik dan kacak” - A. Aida cari pelakon baharu, ajak orang ramai datang uji bakat di Ekspresi@Finas ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak cantik, siapa nak tengok drama? Jangan hipokritlah!” - A Aida turut sekat 500 pengikut A Aida menambah, untuk karya terbitan syarikatnya, dia lebih gemar menggabungkan hero dan heroin baharu dengan pelakon senior dalam usaha melahirkan ramai pelapis yang mendapat ilmu daripada pelakon berpengalaman. "Saya gabungkan artis baru yang kacak, sado dan cantik dengan pelakon-pelakon hebat agar mereka dapat menimba ilmu serta tunjuk ajar dan ia adalah cara saya melahirkan pelapis," katanya. Dalam pada itu, A. Aida berkata, pihak-pihak mengkritiknya tidak perlu menjadi seorang hipokrit kerana mereka sendiri sedar akan hakikat industri yang terpaksa menurut kehendak penonton yang mahukan individu berwajak kacak dan cantik. Amerul lantang membidas kenyataan A. Aida. A. Aida berkata, banyak syarikat produksi turut melihat pakej seseorang untuk diambil berlakon kerana ia adalah hakikat yang harus diterima. "Saya nak tanya ni, ada ke hero dan herion dalam drama kita sekarang ini yang muka tak cantik, tak kacak? Kalau ada tolong senaraikan! "Itulah realiti dan hakikat indsutri kita sekarang yang harus diterima. Tapi tak semua orang berani buat kenyataan macam saya ni sebab takut kena cemuh," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI