suria

Wajah tak bengkak dan tiada komplikasi, Lana Nodin buat pembedahan hidung... sempat bersiar-siar di sekitar Seoul

Bentuk hidung Lana Nordin makin cantik selepas jalani pembedahan.

TANPA berselindung, pelakon Lana Nodin berkongsi kepada umum dia menjalani pembedahan pada bahagian hidung di sebuah pusat perubatan di Seoul, Korea Selatan.

Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 44, memberitahu, dia berasa lega apabila hidung dan wajahnya tidak mengalami sebarang bengkak meskipun selapas 15 hari menjalani pembedahan tersebut.

Malah Lana dilihat sempat bersiar-siar di sekitar Seoul dalam keadaan hidungnya masih berbalut.

Lana Nordin berjalan di Seoul dengan hidung berbalut.

"Ini merupakan hari kelima lebas selepas pembedahan, agak mengejutkan apabila tiada bengkak atau lebam di bahagian muka.

"Saya pun dah mula keluar berjalan-jalan di Seoul," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dituduh buat hidung, rupa-rupanya Lana Nodin pernah kemalangan motor RXZ, perlu ganti plastik secara berkala

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu pendapat dan hak Lana bersuara sebagai rakyat... fokus juga jelas” - Rita Rudaini

Perkara itu dikongsikan Lana menerusi Instagram miliknya namun ia telah dipadam tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun video tersebut tular di media sosial.

Dalam pada itu, Lana juga memberitahu dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau rasa sakit meskipun sudah dua minggu menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, balutan pada hidungnya itu akan dibuka dalam tempoh tujuh hari lagi.

909700698

Lana Nordin ketika berada di Korea.

"Saya tidak rasa pening atau sakit di bahagian muka seperti yang ditanya. Anda boleh lihat sendiri, bengkak di bahagian muka saya sudah hilang, tak ada bengkak," katanya.

Pun begitu, Lana tidak mendedahkan punca sebenar dia melakukan pembebedahan di bahagian tersebut.

Terdahulu, Lana mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan rhinoplasty apabila hidungnya patah ekoran kemalangan ketika menunggan motosikal ketika zaman persekolahan.

Impak insiden itu, hidungnya menjadi senget malah terpaksa mengunakan besi untuk beberapa tahun sebelum ditukarkan kepada plastik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain