ENGGAN memanjangkan kemelut yang melanda, pelakon Adam Shahz memberitahu dia bersedia untuk bersemuka dengan bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa. Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, bagaimanapun berkata segala keputusan hasil perbincangan itu kelak haruslah dimeterai di mahkamah. "Sekarang ini nombor telefon saya sudah disekat dan sukar untuk berjumpa. Tetapi jika dia (Fatin) mahu bersemuka dan berbincang untuk selesaikan semua masalah saya amat terbuka. Adam sudah lama tidak bertemu anaknya. "Segala keputusan perbincangan itu nanti haruslah berakhir di mahkamah. Saya sudah serik dengan janji selama ini. Selepas lima tahun berpisah asyik cakap mulut sahaja dan beginilah jadinya," katanya kepada mStar. Kontroversi membabitkan Adam dan Fatin kembali menjadi bualan ramai baru-baru ini apabila kedua-duanya dilihat berbalas kenyataan di laman sosial masing-masing. Fatin menerusi beberapa perkongsian mendakwa Adam gagal membayar tuntutan nafkah bulanan seperti yang telah ditetapkan selepas mereka bercerai pada 30 Mei 2017. ARTIKEL BNERKAITAN: Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita sampai buka aib sendiri... “Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah” ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa mahu tinggalkan bidang seni, tak tahan kontroversi libatkan Adam Shahz... “Saya sudah tak mahu hidup seperti ini” Sementara itu, Adam pula menafikan perkara tersebut dan memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak mereka kerana dihalang oleh Fatin. "Saya tidak dapat menghubungi anak dan tak tahu bagaimana keadaan dia sekarang. Kalau saya serang atau terjah begitu sahaja takut nanti dikatakan menceroboh pula. "Pastinya saya akan bawa hal ini ke mahkamah dan menuntut hak penjagaan anak. Saya mahu pertahankan hak saya dan bukan sekadar timbulkan provokasi," ujarnya. Saya sudah serik dengan janji selama ini. Selepas lima tahun berpisah asyik cakap mulut sahaja dan beginilah jadinya ADAM SHAHZ PELAKON Mengetahui banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Fatin menerusi penceritaan orang sekeliling, Adam tidak dapat mengelak apabila sering dijadikan bahan kecaman netizen. Enggan melatah dengan kritikan tersebut, pelakon drama Juvana ini juga berharap Fatin tidak lagi membuka kisah lama mereka. "Bila keadaan jadi begini, apa yang tidak best ialah saya sering jadi bahan kecaman. Biasalah... lelaki akan sering dipersalahkan. Orang ramai tidak tahu apa yang berlaku antara kami. Gara-gara kenyataan Fatin, Adam sering jadi bahan kecaman netizen. "Kalau melenting nanti, lagilah nampak saya yang salah. Sedangkan dia yang timbulkan cerita tentang nafkah dan tidak beri saya jumpa anak," jelasnya. Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI