suria

Aliff Syukri tak serik sumbang suara, kali ini kolaborasi dengan Caprice pula… “Saya ada peminat sendiri”

Aliff terima dengan hati terbuka bekerjasama dengan Caprice.

BERSIKAP profesional atas dasar kerja, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri terbuka menerima tawaran untuk berkolaborasi bersama Caprice dalam lagu terbaharu.

Mengakui pernah terasa hati kerana dikecam oleh Caprice sebelum ini, Alif, 35, memilih untuk menolak tepi isu peribadi antara mereka demi menghiburkan peminat.

"Saya anggap ini adalah kerja. Memang dia pernah hina dan sindir hingga saya terasa hati. Namun kali ini saya profesional menerima tawaran untuk tampil dalam lagu baharunya.

aliff syukri 2

Aliff yakin boleh bergelar penyanyi.

"Pada awalnya agak berat hati untuk bekerjasama, tetapi saya rasa untuk lagu ini adalah sesuatu yang saya boleh berikan untuk peminat.

"Saya juga tidak pernah tampil menyanyi bersama Caprice, jadi apa salahnya mencuba perkara baru," katanya kepada mStar.

Aliff sebelum itu berkongsi video sedang menjalani sesi rakaman lagu berkenaan yang dijangka akan dilancarkan pada Sabtu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Sekejap sangat undur diri! Aliff Syukri kembali di IG, muat naik video menari dengan batang mop

Menerusi ruangan komen, Aliff sekali lagi menerima kecaman netizen yang menganggap suaranya tidak layak bergelar penyanyi.

"Saya yakin saya boleh menyanyi. Kalau ada tawaran begini apa salahnya saya mencuba.

"Saya tak boleh nak halang apabila ada yang kecam. Saya tahu saya ada peminat sendiri. Menyanyi ini saya jadikan sebagai hobi dan lagu-lagu saya terdahulu juga trending," ujarnya.

Kali ini saya tidak berlebihan kerana nak jaga hati netizen dan enggan ada lagi kecaman

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Sementara itu, Aliff juga memberitahu lebih berhati-hati ketika menjalankan sesi rakaman video muzik kerana tidak mahu berlebihan sehingga menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Bercakap tentang kes mahkamah melibatkan dirinya sebelum ini, Aliff enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam proses perbicaraan.

"Kali ini saya tidak berlebihan kerana nak jaga hati netizen dan enggan ada lagi kecaman. Tujuan lagu ini pun untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai.

aliff syukri 3

Kes dakwaan muat naik hantaran bersifat sumbang melibatkan Aliff masih dalam proses perbicaraan.

"Kes saya sebelum ini masih lagi berjalan di mahkamah. jadi saya tidak mahu komen lanjut dan serahkan kepada pihak berkuasa," jelasnya.

Aliff sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang di Instagram pada April lalu di Mahkamah Seksyen Sepang, Selangor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu, yang dilihat pada 24 April di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain