suria

Datuk K pernah halang Asyraf Khalid kahwin muda… Syukur rezeki mencurah-curah selepas jadi suami Tya Arifin

Asyraf syukur rezeki semakin bertambah selepas berkahwin.

PERNAH mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin pada usia muda, suami kepada pelakon Tya Arifin iaitu Asyraf Khalid berkata dia tetap nekad mendirikan rumah tangga pada usia 23 tahun.

Menurut Asyraf, 30, antara faktor yang menyebabkan bapanya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menghalang dia berkahwin muda adalah kerana kewangan yang masih belum kukuh.

"Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.

asyraf 3

Khalid (tengah) pernah halang anak-anaknya kahwin muda.

"Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin," katanya.

Tambah anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia percaya pada rezeki selepas berkahwin dan syukur kini perniagaan produk jenama Mutyara yang diusahakan bersama Tya semakin berkembang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah badan! Asyraf Khalid beri hadiah Tesla buat Tya Ariffin sempena ulang tahun perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video atas katil... Tya Ariffin dakwa ada pihak sebar sebelum dilancarkan, minta netizen tonton versi penuh

Malah bapanya sendiri kagum melihat perjalanan yang dilalui selain memberi galakan lebih ramai anak muda untuk segera mendirikan rumah tangga.

"Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa sebab rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya.

"Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik," ujarnya.

Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian

ASYRAF KHALID

USAHAWAN

Selepas lima tahun menjalankan perniagaan tersebut, Asyraf dan Tya yang sebelum ini hanya mengeluarkan minuman Jamu Mutyara kini mengatur langkah ke depan dengan produk baharu iaitu Mutyara V-Gin.

"Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk kedua yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara.

asyraf 2

Asyraf dan Tya bersama dua anak mereka.

"Jadi, selama lima tahun ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita," jelasnya.

Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 5, serta Azzahra Jiwa, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain