ANAK sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin menjadi perhatian ramai apabila wajah remaja berkenaan dikatakan mempunyai iras seperti bapanya, Aidil Zafuan. Wajah remaja berusia 13 tahun tersebut semakin menyerupai pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu apabila Rayyan tampil dengan gaya rambut pendek menyerlahkan bentuk wajahnya. Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 46, memberitahu, Rayyan ingin membotakkan kepalanya namun dia tidak mengizinkan dan hanya membenarkan anak lelakinya itu tampil dengan gaya rambut pendek yang lebih kemas. "Bila dia minta nak botak, tapi mommy cakap cukup setakat itu," katanya. Rita bersama dua anak terunanya, Rayyan dan Arjuna. Rita berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Dalam pada itu, Rita tidak melenting dengan komen netizen tentang wajah mirip bapa dan anak berkenaan kerana Aidil atau Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, 35, adalah bapa kandungnya. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Rita Rudaini kembali berlakon, Hj Zil bimbang netizen masih pertikai isu vaksin ARTIKEL BERKAITAN: "Takkan nak letak gambar laki hang!" - Rita Rudaini dituduh tergila-gilakan bekas suami kerana kongsi foto anak buat carta keluarga "Nak marah buat apa dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia," katanya ketika membalas komen salah seorang pengikutnya. Kebanyakan pengikut pelakon itu turut meninggalkan komen sama memuji ketampanan Rayyan yang mengikut jejak langkah bapanya. Nak marah buat apa dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia. RITA RUDAINI PELAKON "Kuat muka bapa, adik ikut muka mak. Terus sebiji muka macam bapa dia, kacaknya! "Copy paste daddy la, jaga mommy baik-baik ya," tulis netizen. Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013. Selain Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI