PENYANYI Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama BMW bersempena sambutan ulang tahun ke-17 anak lelakinya iaitu Muhammad Shakir Aqili. Meskipun remaja itu belum tamat persekolahan dan tidak memiliki lesen memandu, Ifa memberitahu kereta jenis BMW 3 Series berkenaan sudah lama menjadi idaman anaknya. "Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah 'birthday boy'. Selamat hari jadi. Ifa tunaikan hajat anak miliki kereta BMW. "Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya akan menghadiahkan anak saya sebuah kereta," katanya. Ifa berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya. Dalam pada itu, menerusi ucapan di ruang kapsyen, Ifa turut mendoakan Aqili akan sentiasa dimurahkan rezeki serta menjadi anak soleh. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan harap ‘daddy’ kasi” - Fatin Afeefa beli kereta mewah hanya selepas 6 bulan bergelar usahawan ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun pandu kereta terpakai, Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180 cecah RM200,000 "Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. "Mama dan papa berharap semoga Aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah. Berbakti kepada mama, papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili," ujarnya. Sementara itu di ruangan komen, ramai tidak sangka remaja seperti Aqili meminati kereta jenis sebegitu dan bukannya keluaran edisi baharu. View this post on Instagram A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI