IMPIAN penggiat seni untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen lebur apabila masing-masing kalah di kawasan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu. Meskipun bergelar selebriti dan mempunyai pengikut tersendiri, namun ia tidak cukup mendapatkan kepercayaan rakyat untuk mengundi mereka sebagai wakil rakyat. Penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli yang bertanding atas tiket parti Pakatan Harapan (PN) di Parlimen Lenggong tewas apabila hanya mendapat 3,382 undi sekali gus hilang wang deposit sebanyak RM10,000. Penyandang kerusi itu, Dr Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional (BN) menang dengan 12,588 undi. Jurey hilang deposit di Lenggong. Shamsul turut menewaskan Rif'aat Razman daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya mendapat 11,709 undi. Tidak hanya Jurey, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof (Pejuang) turut kempunan ke Parlimen apabila kalah di Sabak Bernam dan hanya memperoleh 460 undi. ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Semangat 'brotherhood' tak cukup kuat, Lando kalah di Tanjong Karang ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Hanya dapat 460 undi, Eizlan Yusof hilang deposit di Sabak Bernam Begitu juga dengan pelakon dan aktiviti Azlan Sani Zawawi atau Lando Brotherhood yang tidak mampu mencabar pesaing daripada PN iaitu Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi yang mendapat 18,054 undi. Eizlan dan Lando turut hilang wang deposit mereka ekoran gagal mendapat sekurang-kurangnya 1/8 undi. Setakat 1 pagi Ahad, Dr Ahmad Idham juga jauh ketinggalan menerusi keputusan tidak rasmi di Parlimen Port Dickson. Eizlan turut kalah di Sabak Bernam. Untuk rekod, beberapa artis sebelum ini pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum termasuklah penyanyi Aishah, Herman Tino dan Dayangku Intan. Aishah pernah bertanding pada Pilhan Raya Umum ke-13 (PRU13) bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili Parti Pas menentang calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Penyanyi lagu Janji Manismu itu bagaimanapun gagal merebut kerusi berkenaan apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi. Manakala Herman atau Marsun Tamsi pernah bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang pada PRU13 menentang Tan Sri Noh Omar dari BN dan Pas, Mohamad Rashdi Deraman. Ahmad Idham bertanding di Port Dickson. Kerusi itu dimenangi oleh Noh dengan 20,548 undi dengan Herman hanya mendapat 340 undi serta hilang wang pertaruhan. Dayangku yang mewakili PKR pada PRU13 di Parlimen Pengerang turut kalah ditangan calon BN, Datuk Seri Azalina Othman. Untuk rekod, proses membuang undi PRU15 bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi Semenanjung dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI