suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Hanya dapat 460 undi, Eizlan Yusof hilang deposit di Sabak Bernam

Eizlan tewas di Parlimen Sabak Bernam.

PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof hilang wang deposit sebanyak RM10,000 selepas tewas di Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, yang mewakili parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang hanya mendapat 460 undian.

Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Kalam Salam daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 5,056 undi.

Kalam secara keseluruhan mendapat 17,973 undi.

eizlan1 - 1

Eizlan hilang wang deposit pilihan raya.

Dua lagi calon bertanding adalah Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dengan 12,917 undi manakala Shamsul Maarif Ismail (Pakatan Harapan) mendapat 9,627 undi.

Sementara itu, Eizlan tetap komited untuk meneruskan khidmat dan bakti sebagai kumpulan pendesak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah membesar dalam keluarga B40... Eizlan Yusof miliki 'hati tisu', faham kesusahan hidup rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: "Yang penting boleh kerja untuk rakyat!" - Eizlan Yusof bidas pandangan artis tak layak jadi ahli parlimen

"Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong.

"Saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan masalah berkenaan, selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja,” katanya.

Eizlan sebelum ini memberitahu tidak mahu memberi janji-janji kosong kepada rakyat, sebaliknya merasakan suara mereka lebih penting untuk di bawa ke Parlimen.

Pelakon ini juga sebelum ini membuat manifesto untuk mewujudkan jawatankuasa komuniti bagi membolehkan rakyat meluahkan masalah dan keperluan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain