suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Semangat ‘brotherhood’ tak cukup kuat, Lando kalah di Tanjong Karang

Lando terima sebanyak 3,557 undian di Parlimen Tanjong Karang.

IMPIAN pelakon dan aktivis Azlan Sani Zawawi bergelar wakil rakyat di Parlimen Tanjong Karang lebur apabila tewas ditangan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi daripada Perikatan Nasional (PN) dengan kemenangan majoriti 15,097 undi.

Dr Zulkafperi memperolehi 18,054 undi manakala Azlan atau lebih dikenali sebagai Lando Brotherhood, 47, daripada parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya mendapat 3,557 undi.

Tiga lagi calon lain yang bertanding adalah Datuk Habibah Mohd Yusof (Barisan Nasional) dengan 15,587 undi diikuti Pakatan Harapan diwakili Siti Rahayu Baharin (12,314) dan Mohd Rosni Mastol (Bebas) dengan 1,406 undi.

lando1 - 1

Lando antara aktivis yang sering turun padang membantu masyarakat.

Sebelum ini, Lando memberitahu dia mahu memperjuangkan tiga agenda utama termasuk hukuman berat terhadap kesalahan rasuah sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata Lando, hanya parti Pejuang menerima tiga syarat diletakkan termasuk boleh bertanding sebagai calon tetapi tidak berdaftar sebagai ahli politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham, Eizlan tak janji 'bulan dan bintang', Jurey mahu wujudkan floating market di Lenggong jika menang PRU15

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak cubaan jual 'hot mix', ambil nombor plat! Lando minta hati-hati tawaran turap tar... punca jalan nipis, berlubang

Kedua, sekiranya parti membentuk kerajaan, sebarang kesalahan rasuah melebihi RM100,000 perlu dijatuhi hukuman mati atau hukuman berat.

Syarat ketiga, pelakon ini ingin mengundang semua calon bertanding dengannya untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk bersama membangunkan Tanjong Karang sekiranya menang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain