suria

“Hangpa tunggulah ada ke tidak!” - Kecoh Syifa Melvin, Safawi Rashid kahwin 3 Disember… kad undangan dah tersebar

Syifa enggan mengesahkan bakal berkahwin pada 3 Disember ini.

KECOH pelakon dan pempengaruh Syifa Melvin dilaporkan bakal bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim iaitu Safawi Rashid pada 3 Disember ini.

Ia berikutan kad undangan perkahwinan majlis bertandang pihak Safawi pada tarikh berkenaan tersebar di laman sosial.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, bagaimanapun enggan mengesahkan perkara tersebut dan berasa hairan bagaimana perkara itu boleh tersebar ke pengetahuan umum.

553

Syifa enggan mengesahkan perkara yang belum terjadi.

"Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun mendiamkan diri. Kalau tarikh itu, anda nak percaya, percayalah.

"Hampa (hangpa) tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak," katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa, Syatilla Melvin kini jutawan kosmetik, nafi guna 'cable' sebagai jalan pintas untuk berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin jawab tuduhan jadi kaki kikis, nafi paksa Safawi Rasid kahwin cepat - “Tak pernah minta dia duit untuk sara hidup!”

Dalam pada itu, Syifa menjelaskan dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan sah di antara mereka.

Syifa berkata, sekiranya perkara itu dihebahkan sebelum waktunya, dia bimbang akan terkena penyakit ain memandangkan bukan semua orang gemar melihat kebahagiaan orang lain.

Kad Kahwin

Kad undangan perkahwinan pasangan itu yang tersebar.

"Kami cukup bimbang dengan penyakit ain sebab tak semua orang suka bila kita gembira. Orang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula yang bercinta.

"Kalau ikutkan tak mahu beritahu pun. Bila dah jadi, baru nak kongsikan. Apa-apa pun doakan yang baik-baik buat kami," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain