PELAKON Fezrul Khan berkata dia menjadikan al-Quran sebagai rujukan sebelum memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun miliknya. Menyedari batas hukum sebagai seorang Muslim, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidui, 40, memberitahu dia menjadikan kitab suci itu sebagai panduan menjawab sebarang keraguan. "Sebenarnya susah nak cakap hal ini sebab banyak sangat pandangan. Bagi saya, ikut sahaja al-Quran. Fezrul harap orang ramai tidak terlalu cepat menghukum. "Apa pun yang saya buat kenalah rujuk al-Quran dahulu sebab Allah turunkan kita suci ini sebagai panduan," katanya kepada mStar. Fezrul berkata demikian ketika sidang media drama lakonan terbaharunya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada Rabu. Drama ini merupakan adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaparkan perjalanan kisah peribadi penyanyi Siti Nordiana. ARTIKEL BERKAITAN: Fezrul Khan bengang, tak tahan perangai aktres BBNU, tiga kali batal penggambaran saat akhir! ARTIKEL BERKAITAN: Anjing peliharaan tunggu depan bilik Julia Farhana bukan jenis air liur meleleh Mengulas tentang kritikan segelintir pihak, aktor ini berpendapat orang ramai terlalu mudah menjatuhkan hukum dengan hanya mendengar ceramah tanpa membuat penyelidikan lanjut menerusi penghayatan al-Quran. "Saya sendiri kalau tak faham selepas merujuk al-Quran akan bertanya lebih lanjut kepada mana-mana ustaz. "Tapi ada orang pula hanya dengar ceramah ustaz dan terus percaya. Mereka tidak membaca dalam al-Quran," jelasnya. Apa pun yang saya buat kenalah rujuk al-Quran dahulu sebab Allah turunkan kita suci ini sebagai panduan FEZRUL KHAN PELAKON Bercakap mengenai drama Aku Seorang Perempuan, Fezrul diberi tanggungjawab menggalas watak Fareez gambaran sebagai bekas suami Siti Nordiana iaitu Allahyarham Faizal Yusof. Meskipun tidak pernah berlakon bersama arwah, pertemuan ketika di lokasi sudah cukup buat Fezrul mengenali Faizal dan boleh digambarkan menerusi lakonan drama arahan Hashim Rejab ini. "Arwah sudah mula berlakon sebelum saya. Kami bertemu di sebuah lokasi drama sekitar tahun 2000 ketika saya bertugas sebagai krew. Walaupun berjumpa sekejap saya boleh dapat tangkap karakter arwah. Fezrul bergandingan dengan Atikah dalam drama Aku Seorang Perempuan. "Dalam drama ini tidaklah saya dedahkan peribadi sebenar arwah kerana ada perkara perlu dijaga dan bagi menghormati keluarganya. Arwah seorang yang sangat baik dan merendah diri," jelasnya. Aku Seorang Perempuan lakonan Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan Hasnul Rahmat bersiaran di TV9 sejak 19 November lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI