suria

Drama 'Cina Buta' tangguh lagi siaran… Pengarah Shahrulezad lebih risau keadaan kesihatan Nad Zainal yang sedang kritikal

Tayangan drama Cina Buta terpaksa ditunda lagi.

PENGARAH dan penerbit Shahrulezad Mohammedin memaklumkan tayangan drama bersiri Cina Buta arahannya terpaksa ditunda siaran buat kali kedua.

Shahrulezad berkata dia tidak mengetahui sebab drama berkenaan terpaksa ditangguhkan, namun lebih risau tentang keadaan kesihatan salah seorang pelakon drama itu iaitu Nad Zainal.

"Assalamualaikum semua. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa menunda tayangan drama Cina Buta untuk kali kedua.

"Jangan tanya abam sebabnya apa ya. Abang lagi risaukan keadaan Nanad (Nad) sekarang. Mohon doa daripada semua orang," katanya.

cina2 - 1

Shahrulezad mohon peminat mendoakan Nad Zainal.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Shahrulezad memaklumkan tarikh baharu siaran drama berkenaan akan diumumkan oleh stesen berkenaan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal kritikal, terdapat pendarahan pada paru-paru

ARTIKEL BERKAITAN: Kos MV RM400,000 dah boleh siapkan pusat tahfiz! Shahrulezad tegur niat Vida guna agama raih 'view'

Dia juga memohon maaf atas kesulitan ini dan berharap agar semua peminat terus bersabar.

"Tarikh baharu akan diberitahu kelak. Maaf atas segala kesulitan dan kami berterima kasih atas kerjasama semua. Harap terus bersabar ya," katanya.

Terdahulu, Cina Buta lakonan Nad Zainal, Ungku Ismail dan Alif Aziz yang sepatutnya bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro Ria pada 9 November lalu telah ditunda tayangan pada Rabu, 23 November.

Jangan tanya abam sebabnya apa ya. Abang lagi risaukan keadaan Nanad (Nad) sekarang.

SHAHRULEZAD

PENGARAH

Namun, stesen memaklumkan drama itu sekali lagi ditunda siaran atas sebab yang tidak diketahui.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya lagi.

Dalam masa sama, mereka berdoa agar Nad diberikan kesembuhan segera.

"Asyik tunda sahaja. Apa-apa pun moga kak Nad lekas sembuh hendaknya.

"Ya, Nad lebih penting sekarang. Semoga Allah permudahkan segalanya dan cepat sembuh.

"Tak mengapa, kami rela menunggu. Semoga Nad cepat sembuh," tulis netizen.

cina11 - 1

Antara barisan pelakon drama Cina Buta.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ahad lalu.

Pelakon wanita itu kini dilaporkan kritikal kerana terdapat pendarahan pada paru-paru dan kini sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain