suria

Nad Zainal mula tunjuk perkembangan positif, ibu maklumkan perlu jalani rawatan buah pinggang

Pihak hospital masih meneruskan rawatan buat Nad.

KEADAAN kesihatan pelakon Nad Zainal yang kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.

Perkara itu dikongsikan oleh pengacara Sherry Al Hadad kepada beberapa orang rakan artis yang memuat naik perkongsian terkini di laman Instagram mereka.

"Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terdapat kesan sedikit terjejas.

Rakan artis sentiasa berkongsi perkembangan Nad.

Rakan artis sentiasa berkongsi perkembangan Nad.

"Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad," tulis penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah di Instastory.

Pada malam Rabu, rakan artis yang menziarahi aktres berkenaan yang serang bertarung melawan sakit selepas dimasukkan ke hospital sejak Ahad akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal perlukan doa orang ramai... Ungku Ismail kongsi perkembangan terkini di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak kuat” - Bekas suami Nad Zainal titip doa, minta segera pulih demi anak-anak

Menerusi tembual bersama mStar, salah seorang rakan iaitu Ungku Ismail memberitahu pihak hospital telah menjalankan beberapa rawatan selepas mendapati terdapat pendarahan pada bahagian paru-paru Nad.

"Pada pagi Rabu doktor dapati ada pendarahan baru di bahagian paru-paru dan perlu dikeluarkan. Paras oksigen juga menurun.

Ungku antara rakan yang setia menemani Nad sejak awal masuk hospital.

Ungku antara rakan yang setia menemani Nad sejak awal masuk hospital.

"Tetapi kuatnya Nad ini, apa yang dilakukan doktor tidak memberi kesan kepada organ lain. Denyutan jantung dan tekanan darah masih okey. Doktor jangkakan dia kuat dan boleh lawan sakit ini," kongsinya.

Berita pelakon drama Cina Buta ini jatuh sakit secara tiba-tiba mendapat perhatian ramai rakan artis dan peminat yang tidak pernah putus berhenti mendoakan agar dia kembali pulih seperti sedia kala.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SIN

Artikel Lain