suria

Bimbang orang muda ramai sakit, Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan… katanya diet bukan untuk kurus

Atikah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

SERING berkongsi tip menu sihat di laman sosial, pelakon Atikah Suhaime tidak terlepas daripada sindiran segelintir pihak yang menganggap bentuk badannya sudah cukup kurus untuk dia meneruskan amalan diet sedemikian.

Menjawab mengenai perkara tersebut, Atikah, 31, berkata perkongsiannya itu bertujuan untuk memberikan ilmu dan manfaat kepada peminatnya.

"Itu hanyalah content di TikTok. Apa yang saya dapat dari personal trainer, saya kongsikan kepada orang ramai. Semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai.

atikah suhaimie 2

Atikah mahu kongsi manfaat bersama peminat.

"Diet yang saya amalkan adalah untuk kehidupan yang lebih sihat. Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda. Jadi kenalah lebih berhati-hati," katanya kepada mStar.

Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada Rabu.

Drama ini merupakan adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaparkan perjalanan kisah peribadi penyanyi Siti Nordiana.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime rela tiada ‘job’, enggan terima watak jahat berhijab, perampas! - “Nanti semua fikir perempuan bertudung tak boleh dipercayai”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kritik bela anjing, Fezrul Khan sudah rujuk al-Quran

Dalam masa sama Atikah turut berkongsi pendapat bahawa kehadiran pelakon baharu masa kini adalah satu cabaran untuk dia terus kekal relevan dalam dunia seni.

"Saya suka melihat kehadiran lebih ramai pelakon muda sekarang ini. Malah saya sendiri suka ikut trend semasa seperti mana mereka lakukan di media sosial. Mereka mempunyai idea yang sangat kreatif.

"Melihat kehadiran mereka membuatkan saya sentiasa mahu ambil tahu supaya terus kekal relevan dalam dunia sendiri.

Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda. Jadi kenalah lebih berhati-hati

ATIKAH SUHAIMIE

PELAKON

"Zaman sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Kalau mereka lebih tertumpu kepada media sosial, saya pula sempat merasa menjadi penghias muka depan majalah," ujarnya.

Bercakap lakonannya dalam drama Aku Seorang Perempuan, Atikah berbesar hati apabila diberi peluang untuk membawa watak Siti Nor Aisya iaitu gambaran kepada watak Siti Nordiana.

Katanya, watak tersebut berbeza dengan mana-mana drama yang pernah dibawakan sebelum ini kerana setiap babak dan jalan cerita perlulah dilakukan secara berhati-hati agar ia dapat memberi gambaran sebenar kisah penyanyi itu.

atikah suhamie 1

Watak Aisya dalam drama Aku Seorang Perempuan beri cabaran buat Atikah.

"Kalau dalam drama lain, saya boleh buat sesuka hati. Tapi untuk watak ini perlulah berhati-hati kerana Siti Nordiana seorang yang popular dan ramai peminat. Saya takut apa yang diterjemahkan itu mungkin bukan gambaran sebenar peribadinya.

"Antara cabaran terbesar dalam drama ini ialah saya perlu menjadi seorang ibu. Ini adalah pengalaman pertama dan saya tidak biasa," jelasnya.

Aku Seorang Perempuan merupakan arahan Hashim Rejab turut menampilkan pelakon lain seperti Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan Hasnul Rahmat bersiaran di TV9 sejak 19 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain