suria

Pengarah Azhari Zain meninggal dunia selepas 9 bulan derita angin ahmar

Azhari Zain meninggal dunia di usia 50 tahun.

SELEPAS sembilan bulan menderita penyakit angin ahmar, pengarah filem terkenal Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pada pagi, Khamis.

Azhari atau nama sebenarnya Azhari Mohd Zain, 50, meninggal dunia di kediamannya di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 12.15 pagi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh isterinya iaitu Wahizatul Nureen Azmi.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang.

Pada Februari lalu, Azhari berada dalam keadaan kritikal setelah mengalami pendarahan di kepala serta kesukaran menggerakkan kedua-dua belah tangannya.

azahari 2

Azhari diserang angin ahmar pada Februari lalu.

Dua bulan kemudiannya, Azhari mula menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan pulang ke rumah.

Azhari yang juga pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapatkan rawatan alternatif seperti akupuntur dan urutan untuk memulihkan dirinya.

Sepanjang tempoh itu, pergerakannya terbatas dan hanya mampu memberi isyarat menerusi gerakan kepala atau hanya menunjukkan reaksi emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar Promosi Filem, Artis Malaysia Paling Sibuk Di Dunia - A Razak Mohaideen

Allahyarham Azhari memulakan kerjaya seni pada 2004.

Dia pernah menjadi penulis dalam banyak penerbitan filem antaranya Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Duyung.

Selain itu, arwah juga mengarahkan filem 3 2 1 Cinta, Santau, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra dan Zoo.

Allahyarham meninggalkan isteri, Wahizatul Nureen dan tiga cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain