suria

“Tahu tak ibu awak Siti Nurhaliza?” - Peminat puji suara TokTi cover lagu Marsha, aksi Afwa siap goyang kaki buat ramai terhibur

Siti Nurhaliza menyanyi lagu cover nyanyian Marsha.

KELUNAKAN suara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan semula (cover) lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan menarik perhatian ramai peminat.

Menerusi aplikasi TikTok, Siti, 43, memuat naik video dia menyanyikan lagu berkenaan sambil ditemani anak keduanya iaitu Muhammad Afwa.

Selain nyanyian mantap Siti, pengikut juga terhibur melihat aksi Afwa yang khusyuk mendengar nyanyian ibunya itu.

"Adik cuba fahami apa yang ibu cuba jerit ini ya? Hahahaha.. Reda sahaja la adik ya," tulisnya pada ruangan kapsyen.

ct2 - 1

Nyanyian lagu Cinta versi Siti Nurhaliza mendapat perhatian peminat.

Dalam pada itu, Siti secara bersahaja turut meminta bantuan Marsha untuk mengajarnya menyanyikan bahagian lagu yang tinggi.

"Marsha tolong ajar Mak Iti (panggilan Siti) macam mana nak nyanyi part tinggi ini," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nafas jadi pendek, sukar nyanyi lagu nada tinggi... Vokal Siti Nurhaliza terganggu gara-gara Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tak pernah cakap gembira Aafiyah jadi ahli politik, ada rakaman video sebagai bukti

Meskipun lagu berkenaan agak sukar dinyanyikan kerana bernada tinggi, Siti dilihat tetap mempersembahkannya dengan penuh penghayatan dan mendapat pujian peminat.

Rata-rata terpesona dengan kemerduan suara penyanyi itu yang disifatkan antara lagu cover terbaik yang pernah dinyanyikan.

"Bagi saya Datuk Siti dan Aina Abdul sahaja cover lagu Cinta dengan terpaling sedap.

"Sudah comeback ini genggg. Habislah kalian.

"Sedap nak nangis. Tarik yang merdu. Ini baharu saja-saja, kalau betul-betul all out tak tahu nak cakap," tulis netizen.

Video dimuat naik pada Selasa itu menerima hampir 60,000 tanda suka dan mendapat lebih 900 komen pengikut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain